Luna Maya

Zul Ariffin ikut Ebit Lew beri sumbangan, hulur sendiri beras. Reaksi penerima sumbangan menarik perhatian netizen

Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat beberapa selebriti memilih untuk mendekatkan diri kepada agama dengan melakukan kebajikan serta mengikuti dakwah-dakwah.

Situasi tersebut sudah tentu memberi satu aura positif kepada para peminat mereka lebih-lebih lagi mereka adalah public figure yang sering menjadi perhatian masyarakat.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Salah seorang yang menjadi sorotan kini adalah pelakon tampan, Zul Ariffin yang dilihat semakin kerap bercerita tentang kebaikan serta mengikuti pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kebajikan.

Dalam posting terbaru Ebit Lew di Instagram, dapat dilihat yang Zul Ariffin mengendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bersama pendakwah itu.

Zul juga telah memuat naik kembali perkongsian Ebit Lew dengan mengaminkan doa pendakwah itu yang berharap agar mereka sama-sama dapat terus berbuat kebaikan.

Ni baru boleh dinamakan hero melayu

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Instagram pelakon itu.

Kebanyakkan mereka memberikan kata-kata positif kepada hero drama Melayu tersebut dengan berharap agar dapat sama-sama terus berbuat amal jariah dan Zul dapat kekal istiqomah menjalani kehidupan yang lebih baik.

semoga urusan abang dipermudahkan

Tiba tiba rumah saya macam takde beras

Zul buka mask terus senyum lebarrr

Happy adik tu bukan sebab beras tapi tengok Zul

Tonton video KLIK SINI

Sumber: Instagram Zul Ariffin, Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published.