Tular satu video yang menunjukkan seorang influencer yang berkelakuan biadap dengan seorang warga emas. Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dan mendapat kritikan dari netizen.
Lelaki tersebut dikatakan turun ke tempat gelandangan di Pusat Transit Gelandangan di Kuala Lumpur untuk memberikan motivasi kepada lebih kurang 20 orang gelandangan dengan tajuk ‘Ubah Hidup’.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Yusuf Azmi. Menerusi laman facebooknya memberi kata dua kepada influencer tersebut “Di antara awak pergi mintak maaf dengan Pakcik tersebut atau saya akan bersemuka dengan AWAK!”
Yusuf Azmi jugak mempersoalkan siapa lelaki tersebut untuk mempersoalkan penyesalan hidup pakcik tersebut. Beliau jugak menasihatkan agar lelaki itu jangan bongkak.
“Selamba tinggi suara pada warga emas, konon nak bagi motivasi? Eh awak turun ke pusat gelandangan, kemudian nak perlekeh lekehkan mereka” kata beliau lagi.
Beliau juga berkata, ingat Allah boleh tarik rezeki yang diberikan bila bila lasa saja. Tempat tersebut beliau pernah turun sebelum ini untuk memberikan bantuan.
“Orang macam awak inilah yang menjatuhkan imej Islam! Sebelum nak bagi motivasi pergi baca buku adab” tambah beliau lagi.
Sumber Facebook Yusuf Azmi
Dalam perkembangan yang berkaitan, Yana Samsudin & Selebriti Lain Mengecam Tindakan Intafemes yg Hiiina Seorang Pakcik, Turut Ingin Mencari Pakcik Tsebut
MELIHAT kepada video pendek membabitkan seorang pengasas produk kecantikan meninggikan suara kepada seorang warga emas sudah cukup membuatkan orang ramai panas hati.
Pelakon Yana Samsudin antara yang bengang dengan kelakuan lelaki berkenaan kerana dilihat seolah-olah tidak tahu tentang adab ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia.
“Saya tak kenal dia… macam biasa saya scroll Instagram nak tahu perkembangan hari ini dan nampak pula video tersebut.
“Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab… tak sepatutnya seorang pakcik diperlakukan sebegitu rupa.
“Walau siapa pun kita, tak kiralah penceramah ke ahli perniagaan ke… kita kena tahu adab kalau nak bercakap dengan orang,” katanya ketika dihubungi mStar.
Video yang dimuat naik Sherry Ibrahim di Instagramnya.
Yana turut menambah lelaki tersebut perlu tahu cara-cara untuk berinteraksi lebih-lebih lagi sekiranya dia adalah seorang yang dikenali ramai.
“Mungkin dia buat sesi motivasi, memang boleh nak bertanya kepada audience dia… tapi cara dia berinteraksi itu tak kena.
“Dia boleh rendahkan intonasi dia, bukannya tanya macam nak pergi berperang. Sebagai contoh, boleh je kalau dia cakap, ‘minta maaf pakcik saya nak bertanya ni’. Itu lebih manis.
“Kasihan saya tengok pakcik itu diperlakukan macam itu. Saya harap benda ini jadi iktibar untuk semua orang agar sentiasa jaga adab,” katanya.
Saya memang marah sangat sebab bagi saya apa yang dia buat itu agak kasar dan biadab.
YANA SAMSUDIN
PELAKON
Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim berkongsikan sebuah video menunjukkan lelaki yang dipercayai usahawan produk kecantikan bercakap dengan nada tinggi dan mempersoalkan tentang masa silam seorang lelaki warga emas semasa menjalankan satu sesi motivasi.
“Menyesal tak masa muda dulu tak buat betul-betul? Banyak main-main, tak buat betul-betul… malas, menyesal tak?” soal usahawan itu kepada warga emas berkenaan dalam nada tinggi di hadapan orang ramai.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 37, turut meninggalkan komennya menerusi entri tersebut kerana sedih melihat air muka warga emas yang seusia bapanya itu.
“Ayat tu boleh elok sikit… Ya Allah, pakcik tu dah macam ayah aku… sangat biadab!” tulisnya.
Yana sedih lihat warga emas diperlakukan seperti itu.
Yana Turut memuat naik status di facebook beliau untuk mencari Pakcik tersebut.
Selain Yana, beberapa selebriti tempatan turut mengecam tindakan biadab lelaki tersebut.
“Eh dia punya dabik dada… kenapa tak ambil emak ayah dia sendiri ganti tempat pakcik tu? Baru senang sikit, sudah hina orang” tulis Shakilla Khoriri.
“Sebab itu orang cakap adab ini tak ternilai, orang banyak duit belum tentu boleh beli abab,” kata penyampai radio, Raden.
“Allah boleh tarik nikmat rezeki yang diberikan bila-bila masa je. Ini terjadi apabila dah rasa diri tu hebat sangat. Hilang respek, duit tak boleh beli adab” kata Uyaina Arshad.
Lagi komen dari selebriti
Tonton Video :
Macam tu je dia sound pakcik ni biadap gila pic.twitter.com/t65ScwNLoG
— Cempaka (@IbuPeri__) July 28, 2021