Luna Maya

Yg paling buat saya terkilan macam mana rakaman itu boleh ada pada suami dan sekarang suami nak ceraikan saya lepas pkp nanti

Saya sudah berkahwin selama 10 tahun dan disahkan hamil anak pertama Alhamdulillah penantian selama 10 tahun.

Khilaf saya sebab pernah terlanjur sebanyak 7 kali sahaja dengan rakan dipejabat yang juga merupakan suami orang.

Kami melakukan itu hanya untuk sekadar bersuka2 sahaja memandangkan masing2 sayang dengan pasangan masing..

3 tahun saya simpan aib saya, saya dah berubah, solat taubat. Tapi akhirnya aib saya diketahui oleh suami.

Yang buat saya terkilan macam mana rakaman itu boleh ada pada suami dan  sekarang suami nak ceraikan saya lepas pkp nanti.

Saya suruh fikir masak2 sebab saya skrg mengandungkan anak nya. Dan boleh2 nya dikatanya anak dalam kandungan ni bukan anak dia. Saya dah bertaubat min.

Dan saya yakin ini anak kandung suami kerana kejadian ini berlaku 3 tahun lepas. Dan saya sekarang mengandung baru 4 bulan sahaja dan saya pun sudah berhenti kerja 2 tahun yang lalu.

Saya hanya duduk rumah menjaga suami saya sahaja.

Sejak kejadian itu, suami cakap akan ceraikan saya talak 3 bila dah melahirkan nanti. Dan akan test DNA anak dalam kanduang saya.

Sekiranya anak ini adalah anak suami, suami akan tuntut anak ini. Tapi saya tak setuju suami lakukan test DNA kerana saya yakin ini anak suami.

Tapi sampai sekarang suami tidak habis habiskan menuduh dan membenci saya. Ya Allah.

Selama ni suami sangat baik.  Nafkah zahir batin semua cukup. Apa saya nak semua dapat. Tapi kenapa ujian ini datang disaat2 kami bahagia nak menyambut cahaya mata.

Ujian apakah ini? Saya sudah bertaubat. Tapi kenapa diperlakukan seperti ini? Sekarang suami tidur bilik lain. Katanya dia jijik memandang saya. Suami tak pandang muka saya langsung.

Dia seperti ingin mengusir saya dalam keadaan hamil begini. Semua penjelasan saya sudah tidak berguna. Kejamnya kau wahai suami.

Antara Jawapan Yg Diberi Netizen

7 kali tu bukan terlanjur tapi sengaja tempah dosa

kejamnya, sepatutnya suami puan ikat dengan batu

bukan suami puan yg kejam tapi puan sendiri yg kejam

perkataan SAHAJA tu seolah-olah tak rasa bersalah

kena REDHA dengan keputusan suami

jangan termakan pujuk rayu dari sesiapa

Sumber KRT

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Pihak Bulletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *