Luna Maya

“Tanpa mereka saya mungkin terpaksa juaI buah pinggang” – Yasin Sulaiman ucap terima kasih kepada penderma tabung guaman

PENYANYI Yasin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma tabung yang bermurah hati untuk menyumbang bagi membiayai kos guamannya berhubung pertudvhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja pada 13 Mac lalu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Yassin, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya bagi menampung kos guaman sepanjang kes perbicaraan ini dijalankan.

“Terima kasih kepada yang mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini mungkin terp4ksa jual buah pinggang bagi sara kos guaman ini.

Mengikut pertuduhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa menged4r dad4h berbahaya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Bagi pertudvhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup atau g4ntung sampai m4t1 dan jika tidak dihukvm m4t1 hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertuduhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.

“Tanpa mereka saya mungkin terpaksa juaI buah pinggang” – Yasin Sulaiman ucap terima kasih kepada penderma tabung guaman

Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman sedang berbincang dengan peguam.

Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa telah menanam 17 pokok dipercayai g4nja di dalam pasu plastik yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.

Kesalahan itu didakwa pada waktu, tempat serta tarikh sama, yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Yasin diwakili peguam Arif Azmi, Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff.

 

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *