PASANGAN yang ditahan selepas dicekup berkhalwat termasuk sepasang warga emas berusia 60 tahun dalam operasi di sebuah hotel bajet di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
SUNGAI PETANI: Tindakan merayu penguat kuasa agama agar dibebaskan bagi mengelak keluarga menanggung malu ketika dicekup berkhalwat adalah’drama biasa’ setiap kali serbuan mencegah kemungkaran maksiat dilakukan.
Namun, dalam kejadian terbaharu malam tadi, seorang warga emas lelaki berusia 60 tahun sanggup memeluk anggota penguat kuasa, manakala pasangannya yang sebaya dengannya
Kata Mohd. Noor, kesemua pasangan terbabit ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014.
“Kelima-lima pasangan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk proses dokumentasi dan memanggil waris untuk proses tindakan selanjutnya.
“Kita akan sentiasa melakukan intipan dan serbuan jika menerima maklumat berkaitan pasangan Islam yang menjadikan hotel murah untuk melakukan perbuatan menyalahi syariat Islam,” katanya.- UTUSAN