PELAWAK wanita yang mencipta kontroversi dengan menanggalkan baju kurung dan tudung sewaktu melakukan persembahan komediri (stand up comedy) baru-baru ini, tampil dengan satu lagi video baharu yang dimuat naik di laman sosial.
RAKAMAN VIDEO TERBARU ADA DI BAWAH SEKALI
Seperti tidak terkesan dengan kecaman ramai, wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah muncul dalam video secara solo dan menceritakan mengenai latar belakang dirinya.
“Ramai yang mesej minta share sedikit diri pasal saya,” katanya pada permulaan video berkenaan.
“Sekarang saya masih bekerja sepenuh masa, dan dalam masa yang sama belajar bidang undang-undang secara part-time.
“Selain ini itu saya sedang berjinak-jinak menjadi seorang comedian. Anda boleh tunjukkan sokongan kepada saya, sila kongsi video,” ujarnya sebelum mengakhiri video tersebut.
Sehingga kini video yang dimuat naik di akaun TikTok Siti Amira Natasya itu meraih sehingga lebih 11,000 jumlah tontonan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyelar wanita berkenaan dengan ada yang mempersoalkan mengenai penerimaan serta reaksi keluarganya selepas penularan video berkenaan.
Selain video berkenaan, wanita tersebut kemudian memuat naik video berasingan namun kali ini penampilannya sedikit berbeza apabila mengenakan hijab.
Menerusi video terbaharu itu, dia berkongsi pengalamannya ‘berdating’ dengan lelaki yang dikenali menerusi ‘dating apps’.
Pada Sabtu, tular video memaparkan Siti Amira mempersendakan Islam ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab di Kuala Lumpur.
Wanita itu pada mulanya tampil mengenakan pakaian sopan dan mengakui pernah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk, namun kemudian dia mula menanggalkan pakaiannya dan memperlihatkan pakaian seksi yang dipakai di bahagian dalam.
Susulan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan sedang menyiasat video berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan perbuatan mempersendakana agama Islam.
“Dulu iya lah penghafal Quran…tp cuba tanya skarang usahkan tujuh juzz nama2 surah pun belum tentu ingat…ingat senang ke ayat2 Quran melekat kat hati kalau tak betul jaga syariat ..tu sbb para penghafal Quran mereka kene jaga makan dan minum apa tah lagi tingkah laku mereka..” – Rogayah
“Rasanya kata kata nya semuanya penipu.. Dah berkahwin.. Kemudian mamat(alex) kata nk berkahwin dgn dia… Berapa lelaki dia nk kahwin..dia ni memang kaki auta.. Kesian mak bapak dia dpt anak macam ni.. Nauzubillah..” – Muiz
“Salah Asuhan,ni lah jadinya..apabila x tanamkan ilmu tauhid…walaupun dia drpd keluarga yg kuat beragama….rentakgendang kehidupan fitrah sewaktu kecilnya dihidangkan dunia hafalan tanpa menitikberatkan aqidah..,apabila keluar drpd dunia luar, ia diuji dgn dunia yg bebas…bagi dia inilah jalan benar …Allah jua tempat berserah tiada makhluk mampu bukakan pintu taubat untuk dia…” Encik Penawar Hati
“Aku tak kesah sangat siapa dia apa dia buat tapi bila dah pamirkan wanita islam dan tanggalkan baju seperti itu yg sangat buat aku marah dan cabar Agama Islam, aku harap dia mati sempat taubat.” – Hamizan
Tonton Video:
Sumber Mstar