Luna Maya

Berkali2 kereta ditendang, pemandu ‘naik angin’ tampar wanita tepi jalan akhirnya ini yg berlaku

Gara-gara tidak berpuas hati kerana keretanya ditendang, seorang pemandu lelaki nekad bertindak kasar terhadap seorang wanita dalam kejadian dipercayai berlaku di Singapura.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Rakaman video kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Esy Man menerusi group DashCam Owners Malaysia memaparkan lelaki itu di dalam kereta manakala wanita berkenaan pula di tepi jalan.

Hilang sabar dengan aksi tersebut, pemandu itu terus menarik wanita terbabit sehingga terpelanting jauh di atas jalan sebelum selamat beredar dari tempat kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati melihat tindakan pemandu berkenaan yang tidak mahu ‘memberi muka’ atas kesalahan wanita berkenaan.

“Jangan mcm tu bang. Abg tak patut tampar mcm tu. Patut nya abg tampar pulang pergi. Telapak tangan depan dgn belah belakang. Ngam muka dia kanan kiri. Baru betul” – Zainal

“Aku pernah baca kes mahkamah dulu, hukuman jenayah pukul org lg ringan dari jenayah rosakkan harta benda org. Jadi betul la tu kalau marah penampar je pompuan tu.. tp sakit dia lambat sket a, lepas netizen back up pompuan tu” – Azhar

“Aku sebagai perempuan pun sokong apa laki tu buat . Hang ingat hg tendang tiaang letrik kaa? Puass hati kena penampaqq tu” – Anis

“Terima kasih pada perakam. Bukti kukuh. Kalau ppuan report konfom dia menang. Tapi bukti video ni laki menang yeahh” – Salazar

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung kejadian tersebut yang telah menerima 440 komen netizen serta lebih 2,000 tanda suka.

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Facebook Group DashCam Owners Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *