Luna Maya

‘Siap ajak kahwin’ – Rakan dakwa wanita mengaku lelaki pakai ihram ketika umrah

Semakin hari semakin ramai yang berani mencabar larangan Tuhan. Ada sahaja perkara yang ‘bukan-bukan’ mereka lakukan walaupun sedar hal tersebut merupakan satu dosa besar.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi satu perkongsian tular di laman Twitter, seorang pengguna Twiter dikenali sebagai @Aliyameha telah memuat naik ciapan mendedahkan tindakan seorang wanita yang dikatakan berpenampilan lelaki mengerjakan umrah dengan memakai ihram.

Dalam ciapan yang dibuat, dia mengatakan seorang wanita berpenampilan lelaki telah pergi mengerjakan umrah memandangkan ia adalah satu penipuan yang sangat menakutkan.

Dia juga menyertakan sekali tangkapan layar video wanita terbabit yang memakai ihram di hadapan Kaabah sedang melakukan tawaf ketika mengerjakan umrah.

Difahamkan, wanita itu telah menggunakan visa pelancong untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah terbabit sebagai seorang lelaki.

Disebabkan sedar mungkin ada yang meragui pendedahannya, pengguna Twitter terbabit turut menyertakan video yang dikirim

‘lelaki jadian’ itu sewaktu berada di Mekah sebagai bukti dia tidak bercakap bohong.

Susulan daripada perkongsian tular itu, ada warganet mendedahkan pernah bekerja bersama ‘lelaki jadian’ itu dan mengakui bahawa dia memang wanita.

Disebabkan enggan bersubahat, pengguna Twitter terbabit juga sempat memberikan beberapa maklumat termasuklah ajakan daripada wanita itu untuk bertemunya sewaktu dia berada di Mekah.

Perkara tersebut juga telah dibawa ke TikTok dan ada akuan yang berkongsi gambar wanita tersebut dengan meminta orang ramai menularkan hal itu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan.

Menjengah ke ruangan komen di Twitter @Aliyameha, ramai yang meluahkan rasa marah dan kesal dengan kejadian ini kerana seoalah-olah mempermainkan agama.

Mereka juga berharap agar wanita ini dikenakan tindakan segera jika benar dia melakukan hal tersebut memandangkan ia melibatkan agama Islam.

“Sedih sgt bila org islam sndiri yang permainkan hukum islam.xtau nak kata pa, sedih, marah, geram semua ada. Semoga Allah bagi balasan setimpal pada pelaku agar mjadi pengajaran kpd yg lain dan smga Allah bagi hidayah kpd dia juga & sempat btaubat sblm dijemput kembali ke negeri abadi. Allahuakhbar.” – Normala

“Akhir zaman.yg perempuan nak jadi lelaki,yg lelaki nak jadi perempuan.moga sempat bertaubat sebelum malaikat maut datang menjemput” – Mokcon

“Objektif dia buat umrah tu apa sebenarnya? Orang buat sebab nak melaksanakan perintah Allah. Nak taat dengan tuhan sendiri.” – Rasyidah

“pelik2 puak ni ..yg pompuan nk jd lelaki yg lelaki nk jd pompuan ..dh bg ujian oleh Allah bt lg perangai yg mengundang musibah” – Hafizul

Walau bagaimanapun, setakat ini pendedahan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Semoga ada penjelasan yang lebih tepat dan kenyataan rasmi daripada pihak berwajib kerana tindakan yang dilakukan wanita terbabit sangat keterlaluan.

Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI

Sumber: Twitter @Aliyameha, TikTok @feerbaharom

Apa pula pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *