Luna Maya

Wanita yg Herdik PoIis di SJR Telah Direman, Dan Ini yg PoIis Lakukan kpd Baju dan Seluar yg Dipakainya

Rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam memaparkan insiden yang dipercayai berlaku pada 1 Jun lalu.

Ia sehingga menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada warganet walaupun tidak diketahui punca sebenar kejadian.

Terdapat dakwaan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana dikatakan terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum diberitahu kesalahannya.

Selain timbul juga dakwaan kononnya wanita terbabit berang selepas disindir oleh anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, punca wanita terbabit dikenakan saman adalah atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Wanita itu dikecam hebat oleh netizen gara-gara tindakannya yang dianggap tidak sopan memarahi anggota polis.

Dan tak kurang juga yang menyindirnya tidak perlu sombong hanya kerana memiliki perniagaan enterprise sahaja.

Tidak tahan dengan kecaman, wanita itu tampil menjelaskan hal sebenarnya mengapa beliau marah menerusi posting di laman facebook beliau.

Dia mendakwa bahawa anggota itu menyindirnya hingga membuatkan beliau marah.

 

Ditahan Reman Selama 2 Hari

Wanita tersebut telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, jam 11.20 pagi semalam.

Bukan ada kabel besar ke

Jangan Risau Abang Wahid kan Ada

Seluar pun kena jadi saksi

Satu Seluar Tak Cukup Lagi Tu

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan.

Ia ditahan juga bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Wanita yg Herdik PoIis di SJR Telah Direman, Dan Ini yg PoIis Lakukan kpd Baju dan Seluar yg Dipakainya

Katanya, polis turut mengambil tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut.

Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.

“Ketika insiden itu, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugvtan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Sksyen 506 Knun Kesksaan dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan sudah meliputi 80 peratus dan wanita itu juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan,” katanya.

sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *