Luna Maya

Video: Untuk Menghilangkan Rasa Geli Suami pada Liipas, Wanita ini Buat Kejutan tempah Kek Liipas Buat Suami

SIAPA yang tak suka makan kek, lebih-lebih lagi sambutan hari ulang tahun sendiri.

Namun, sebiji kek ini pasti membuatkan ramai berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk memakannya dengan senang hati.

Menerusi video di aplikasi TikTok, kek berkenaan dikerumuni empat ekor ‘lipas’ selain beberapa ‘telur’ serangga perosak bertaburan yang mungkin boleh mematikan selera.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Usahawan kek dalam talian, Muhammad Shaiful Izwan Samsudin berkata, kek itu ditempah seorang pelanggan sempena sambutan hari ulang tahun suaminya yang takut dengan lipas.

Lelaki berusia 37 tahun itu mengakui pada mulanya berasa lucu dengan permintaan pelanggan tersebut tetapi menyahut cabaran untuk menghasilkannya.

“Ia merupakan kek chocolate moist dengan chocolate cream cheese. Konsepnya tiada yang khusus, cuma pelanggan request kek yang ada lipas yang ‘edible’ (boleh dimakan) di atasnya.

“Kelakar tetapi saya memang seorang yang sukakan cabaran, membuat kek 3D (tiga dimensi) memang ‘forte’ saya. Sebelum ini saya pernah buat kek 3D seperti dinosaur, kereta, kasut dan kuda serta watak animasi Frozen dan Didi & Friends,” katanya kepada mStar.

Suami Syira Nazri menyambut hari ulang tahun ke-30 bersama kek ‘lipas’.

Syira Nazri menyambut hari ulang tahun ke-30 bersama kek ‘lipas’.

Lebih dikenali sebagai Sepul Izuan, dia bagaimanapun tidak geli dengan lipas sekali gus proses pembuatan kek yang dihiasi doh gula (sugar paste) berbentuk haiwan itu berjalan lancar.

“Cuma agak lucu semasa proses pembuatan lipas tu, anak saudara berumur lima tahun pun komen ‘tak macam lipas pun, lipas kena ada tanganlah, mana ada lipas warna pucat’.

“Bila dah siap, barulah dia puji. Seronok juga bila pelanggan excited tengok kek tu. Reaksi pelanggan membuktikan sama ada kek tu berjaya dihasilkan atau tidak,” katanya yang mula membantu ibunya membuat kek sejak berusia empat tahun sebelum mengusahakan bisnes kek sepenuh masa lebih sedekad lalu di Wakaf Bharu, Kelantan pada 2020.

Hiasan berbentuk lipas yang diperbuat daripada doh gula.

Sementara itu, pelanggan berkenaan, Nur Basyirah Mohd Nazri pula berkata, dia menempah kek tersebut selepas mendapat idea untuk sambutan hari jadi suaminya ke-30 pada 2 Februari lalu.

“Suami saya sebenarnya penggeli lipas. Jadi, dari situ datangnya idea saya nak buat kejutan untuk suami dan tetamu yang hadir pada majlis ketika itu.

“Reaksi suami sedikit terkejut tapi masih lagi berlagak cool. Tetamu pula excited sebab kebiasaannya kek bermotifkan bunga-bungaan ataupun karakter kartun,” ujarnya yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan.

Kek tu suami makan, cuma bahagian lipas tu dia tak makan. Agaknya dia masih geli. Reaksi wajah dia pun tengok kek tu macam pelik-SYIRA NAZRI

Lebih dikenali sebagai Syira Nazri, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengimbas kembali insiden lucu yang membabitkan tetamu berikutan hiasan ‘lipas’ itu kelihatan seakan benar.

“Ada tetamu yang buat video makan ‘lipas’. Ada kenalannya di media sosial ramai komen ingatkan dia makan lipas betul sedangkan ia sebenarnya adalah sugar paste,” ujarnya.

Sepul Izuan berpengalaman membuat kek sejak kecil.

Syira Nazri yang merupakan ahli perniagaan memberitahu, suaminya menikmati bahagian lain di kek berkenaan, dan bukannya yang dihiasi doh gula berbentuk lipas itu.

“Kek tu suami makan, cuma bahagian lipas tu dia tak makan. Agaknya dia masih geli. Reaksi wajah dia pun tengok kek tu macam pelik.

“Bagi saya, kek ‘lipas’ ni okay sangat sampaikan saya nak tempah lagi dengan idea yang pelik. Mungkin kek tikus sebab ia sesuatu yang menggelikan,” ujarnya secara berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur tengok video tersebut

nasib baik bukan jenis geli lipas

Tak sanggup nak makan

Tonton Video :

 

Sumber : Mstar, Instagram Syira Nazri, Video Tiktok Shaiful

Leave a Reply

Your email address will not be published.