Seorang penjual laksa terkejut apabila barang niaganya telah disepahkan oleh seorang mak cik peniaga keropok lekor yang juga berniaga bersebelahan dengannya.
Menurut cerita, kedai mak cik tersebut telah lama berniaga di tapak tersebut sebelum mereka membuka perniagaan laksa baru-baru ini.
Susulan itu, mak cik tersebut tidak berpuas hati. Semasa mereka membuka kedai dan menyediakan barang-barang jualan di atas meja, mak cik tersebut terus meluru ke kedai mereka dan menterbalikkan barang-barang laksa tersebut dan beredar ke kedsinya.
Bahan-bahan itu dikutip semula oleh peniaga. Sambil merekod video kejadian.
Selepas kejadian itu, suami kepada makcik peniaga keropok lekor memohon maaf kepada peniaga laksa terbabit. Tetapi laporan polis tetap diteruskan untuk memberi pengajaran kepada makcik tersebut.
Netizen masing-masing berasa berang dan marah kerana tepi jalan merupakan hak kerajaan. Jadi sesiap sahaja boleh berniaga.
Mereka berharap peniaga tidak dengki antara satu sama lain kerana rezeki Allah telah tetapkan.
Antara komen netizen
Tak lama dah orang tu boleh berniaga ALLAH nanti bagi cash. Serupa tak dak agama. Patut la melayu tak maju
Takut sangat rezeki kene sailang,padahal jual makanan yg berbeza,dasar busuk hati
Nanti Allah akn tutup pintu rezeki dia, sbb dia tutup pintu rezeki org.Semoga peniaga laksa di murahkn rezeki.
Apa pula pendapat anda? Sila nyatakan pendapat anda di bahagian komen post ini