Luna Maya

Pekerja Offshore dapat tahu tunang nak nikah dengan orang lain hanya mampu tersenyum dalam kemurungan

Tugas offshore sememangnya menjanjikan pulangan gaji yang lumayan buat mereka yang sanggup harungi 1001 cabaran yang tersedia di lautan. Namun begitu, tak dinafikan antara dugaan terbesar adalah pengorbanan tempoh berpisah lama dengan ahli keluarga serta insan tersayang.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Paling dirisaukan, waktu ‘merantau’ tiba-tiba dapat berita yang tidak menggembirakan.

Itulah situasi yang dialami oleh seorang pemuda yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini. Ketika orang lain sibuk bekerja, dia dilihat seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbit bersendirian.

Rupa-rupanya, perakam dedahkan bahawa lelaki tersebut baru sahaja dapat tahu tunangnya kini bakal berkahwin dengan orang lain.

Susulan itu, dia ditenteramkan oleh rakan sekerja yang sudi memberi kata-kata semangat. Apa yang menariknya, pemuda tersebut tak pernah lekang daripada senyuman setiap kali member perasan gelagatnya tersebut.

Namun apa yang dilihat di luar belum tentu mencerminkan apa perasaan sebenar yang terbuku di dalam hati.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan pemuda tersebut yang mampu tersenyum di sebalik dugaan menimpanya.

Ramai juga yang terkejut rupanya lelaki tersebut mempunyai raut wajah yg sangat handsome.

 

Dalam pada itu, mereka turut terkilan dengan tindakan bekas tunangnya di saat lelaki berkenaan berjuang ‘menghalalkannya’. Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.

Antara reaksi warganet dari facebook:

“Tulah xsemua org kuat bila berjauhan.bagi perempuan tu mungkin baginya duit bukanlah segalanya means xdala smp hidup melarat .baginya hidup hanya sekali jadi dia memilih lelaki yg sentiasa berada d sisinya setiap masa .biar hidup sederhana janji bnyk masa melayari moment indah bersama” –Qiesya

“Kata2 yg sy selalu ingt bila down mcm ni…God hear things we didnt hear, see things we didnt see, know things we didnt know. So He made a move that you wouldn’t- Steve Harvey.Cara Allah lindungi kita dr kejahatan dunia mungkin bukan cara yang kita nak. Tp percayalah, Dia jaga kita.” – Nurul

“Sokay bro, dari satu sudut kita nampak kita kehilangan org yang kita sayangkan dan sesuatu kehilangan bagi kita tapi dari satu sudut lagi kita dapat keuntungan bahawasanya org mcm tu x layak bg kita. Sibuk kerja pun cari orang lain, lagikan ada masalah lagi besar bila dah jalani kehidupan bersama.. takk gituuuuuu” – Faris

Sila tonton video di bawah :

Sumber asal Erin Sakura, pengeditan Buletin Malaysia, Video tiktok doreyzz

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *