Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai hampir 400 jemaah bakal haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa ditipu agensi pelancongan swasta.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Astro Awani, salah seorang jemaah dari Kelantan, Marina Abu Zahar menjelaskan mereka menunggu daripada jam 12 tengah hari selepas mendengar taklimat terakhir malam semalam. Mereka dikatakan akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.

Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.
Difahamkan, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.
Ada di antara jemaah telah membuat laporan polis dan beransur pulang ke kediaman masing-masing.
Terdahulu, berlaku kekecohan di Balai Pelepasan KLIA melibatkan bakal jemaah haji visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Sejak semalam, kisah sekumpulan jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa tipu satu sebuah agensi pelancongan benar-benar meraih simpati ramai.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi perkongsian di laman sosial, ada diantara mereka telah mengeluarkan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menunaikan haji tahun ini namun impian tersebut ranap begitu sahaja.
Perkongsian salah seorang mangsa penipuan tersebut dikenali sebagai ‘Rizal Ismara Ismail turut menunjukaan keadaan sedih dan duka para jemaah kira-kira hampir 400 orang yang terkandas di KLIA.
Dalam pada itu, tular di aplikasi TikTok berkenaan video salah seorang anak kepada jemaah bakal haji tampil ‘memujuk’ semua mangsa untuk membuat laporan polis pada 5 Julai 2022 selepas berasa mereka telah ditipu oleh agensi.
Menurutnya, ketika dia melakukan laporan polis, hanya 4 jemaah sahaja yang berbuat perkara sama dan duit yang telah mereka keluarkan dikembalikan semula.
Namun, masih ramai jemaah yang bersangka baik dengan tetap menunggu sehingga 7 Julai dan baru mengedari bahawa mereka ditipu selepas dimaklumkan tiada lagi penerbangan ke Jeddah selepas ini.
Susulan daripada itu, ruangan komen TikTok milik salah seorang waris dari bakal jemaah haji tersebut telah dibanjiri dengan luahan rasa simpati terhadap apa yang berlaku oleh mereka.
Mana tidaknya, ada diantara mereka telah berada di KLIA sejak 28 Jun lalu dan difahamkan tarikh penerbangan yang diberikan oleh wakil agensi kerap berubah-ubah.
Tonton Video Penuh : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok noorhanaatiqah2, @adibazlanofficial, Facebook ‘Rizal Ismara Ismail