Luna Maya

Video: Tular rakaman pekrja speedmart dipkuI, wanita ini tampil mjelaskan perkara sbenar

Gombak: Dua pekerja kedai serbaneka cedera selepas diserang lelaki tempatan akibat salah faham di Taman Perwira, di sini, semalam.

Video kejadian terbabit tular di media sosial memaparkan dua pekerja itu secara tiba-tiba diserang dan disepak seorang lelaki.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari semalam di hadapan kedai serbaneka.

“Mangsa yang sedang berehat di hadapan premis terlihat seorang wanita warga tempatan berdiri di tepi kedai itu lalu menegurnya supaya mencari tempat teduh kerana cuaca panas.

“Wanita itu kemudian mengadu kepada teman lelakinya dan tiba-tiba lelaki itu datang ke arah mangsa lalu menyepak kepala dan menendang seorang lagi rakan pengadu di dada sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, mangsa mengalami kecederaan di dada manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Polis turut menerima dua lagi laporan polis dan mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Maklumat awal yang tersebar mendkwa, seorang pelanggan wanita mengadu kepada suaminya yang dia sudah menunggu giliran terlalu lama untuk masuk ke pasar raya itu disebabkan terlalu ramai pelanggan.

Bagaimanapun, wanita terbabit dalam kejadian itu tampil menafikan d’kwaan tersebut dan menceritakan hal sebenar, bukan status isteri orang tetapi tunang, di mana salah seorang pekerja pasar raya itu terlebih dahulu bertindak mengganggunya. Tiada langsung kena mengena dengan beratur luar kedai.

“Lebih kurang jam 2 petang (6 Ogos 2021), saya dan tunang pergi ke Speedmart untuk membeIi barang keperluan. Ketika saya menunggu tunang di atas motosikal miliknya, salah seorang pekerja Speedmart telah menegur dan mengganggu saya dengan berkata,

“Awak meh lah duduk sini, panas tu, sini redup” sambil ketawa sebanyak dua kali.

“Perbuatan itu amat ke’ji dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita. Kemudian saya menghantar mesej WhatsApp kepada tunang saya memberitahunya untuk keluar cepat kerana saya tidak selesa dengan kelakuan pekerja Speedmart itu.

“Kemudian tunang saya bertanya kepada pekerja berkenaan dan dia menafikan perkara itu dengan kurang ajar. Selepas itu berlaku pertelingkahan di antara mereka,” kata wanita itu dalam salinan laporan polis.

Pada keesokan hari, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah premis berhampiran yang menunjukkan kejadian itu viral di media sosial dengan dakwaan yang tidak tepat.

Tidak berpuas hati dengan ftnah tersebut, pasangan itu tampil membuat laporan polis bagi menafikan dkwaan itu dan untuk siasatan lanjut.

Tonton Video :

 

Sumber Asal Gombak & Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.