Luna Maya

Video : Lelaki yg Terbaring Tepi Jalan Di Sah Kan Mavt Kerana Cviid

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan terbaring di tepi Jalan 3, Pekan Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, anggota yang bertugas di Balai Polis Tanjung Sepat telah menerima aduan awam mengenai seorang lelaki yang ditemui  dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar pukul 5 petang.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Pihak polis kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian.

“Pegawai tersebut mengesahkan lelaki tempatan berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk proses bedah siasat dan mendapati sebab kematian adalah akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video berdurasi 19 saat di laman Facebook memaparkan dua petugas kesihatan yang memakai pakaian perlindungan diri dengan sebuah ambulans sedang memeriksa seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan. – MalaysiaGazette

Antara Reaksi Warganet

.

.

Tonton Video :

 

Sumber Malaysia Gazette & Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *