Luna Maya

Tular Rakaman Helikopter Dari KL Datang ‘Pick Up’ 36 Bungkus Nasi Ganja di Ipoh, Polis Buka Kertas Siasatan

Sebuah helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi hari ini dan difahamkan ia bertujuan untuk ‘pick up’ pesanan nasi ganja yang dibuat dari luar bandar raya tersebut.

Menurut Awani, pemilik perniagaan nasi ganja yang enggan namanya didedahkan itu telah mengesahkan dia menerima sebanyak 36 bungkus tempahan nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Pada awalnya dia meragui sama ada tempahan tersebut benar atau gurauan kerana dimaklumkan bahawa pesanan berkenaan akan diambil menggunakan helikopter.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan telah menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh bagi siasatan lanjut.

Setelah membuat semakan dengan pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh.”

Kata Mior lagi, pihaknya telah membuka siasatan mengenai hal itu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan merentas daerah dan negeri.

Menurut Harian Metro, siasatan terhadap individu serta syarikat pemilik helikopter terbabit dibuat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 atau Akta 342.

Terdahulu, kehadiran helikopter dinaiki dua lelaki dan dipercayai milik syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai di Ipoh kerana ia terbang rendah di udara sebelum mendarat di Padang Ipoh sekitar jam 9.55 pagi.

Antara komen netizen

dapat kat foodpanda idea ni best gak

Turut tular di twitter

 

 

Tonton Video :

Sumber : Lobak Merah, Video :Suara Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published.