Luna Maya

Susulan Kenderaan Polis Masuk Kediaman Ebit Lew, Pihak Polis Tampil Menjelaskan…

SHAH ALAM – Tiga buah kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew di sini kira-kira jam 4.15 petang Khamis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah tersebut turut memasuki kawasan perumahan berkenaan.

Kunjungan polis itu difahamkan untuk menjalankan siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Kenderaan polis kemudian dilihat keluar dari kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 5.13 petang.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru.

Dalam laporan tersebut, Ebit Lew menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang kejam dan melampau terhadap dirinya.

Sementara peguam beliau, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, setakat ini pihak polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes berkenaan.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi melengkapkan siasatan, petang hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan siang tadi.

“Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat rampasan barangan bagi melengkapkan siasatan setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Dalam pada itu, Abd Jalil dalam kenyataan petang hari ini mengesahkan polis merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Di Bukit Aman Berhubung Siasatan Libatkan Gangguan Seksual

“Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri,” kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Hari ini, Ebit, 36, dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, kejadian terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya.

“Alhamdulillah syukur, Allah SWT menentukan segala-galanya. Saya percaya hidup ini hanya satu tujuan untuk Allah sayang.

“Saya dipanggil bagi membantu siasatan atas tuduhan gosip di luar sana. Saya serahkan kepada polis sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Bukit Aman di sini, sebaik Ebit selesai memberi keterangan pada 2 petang.

Sementara itu, peguam Ebit, Datuk Hasnal Rezua Merican berkata, beliau dan anak guamnya memberikan kerjasama sepanjang proses rakaman keterangan yang berjalan selama lebih satu jam.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjawab segala persoalan bagi membantu siasatan berkenaan.

“Polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini, polis memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat penyebaran apa juga bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Sumber Sinar Harian & Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *