Kuala Lumpur: PeIawak Shuib terus p0sitif isterinya, Siti Sarah, 37, yang kini kr1tikal selepas dimasukkan ke Unit Rwatan Rapi (lCU) H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ak1bat tahap oksigen menurun, hari ini.
Susulan itu, Siti Sarah terpaksa ditdurkan selain pembdahan mengeluarkan b4yi dalam kandungan.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat melahirkan b4yi lelaki yang dinamakan Ayash Affan.
Bercakap pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya anjuran Indigital Music, Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini.
“Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa.
“Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.
“Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat,” katanya.
Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.
“10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon m4afkan segala saIah dan silapnya. HalaIkan makan minumnya.
“Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya.
Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT.
“Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia.
“Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi. Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik.
“Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila,” katanya.
Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.
VlDEO: KLIK SINI
Artikel sebelum ini : Bayi selamat dilahirkan, ini keadaan Siti Sarah sekarang. Shuib Mohon Doa Orang Ramai
Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah yang kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom bagaimanapun memaklumkan keadaan Siti Sarah masih belum stabil.
“Untuk makluman Sarah melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.
Sebelumnya, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.
Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sebelum itu,“Siti Sarah dah ditidurkan..” InsyaAIIah, AIIah Akan Mendengar Rintihan Dan Permintaan Kita
“Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.
Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.
“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.
“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.
Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.
Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.
Assalammualaikum Salam Jumaat semua,Pg td isteri sy telah dimasukkan ke ICU di sebabkan 0ksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.SY MOHON DIHARI BAIK,HARI
JUMAAT,DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA,AMIN
Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan istri serta ank dalam kandungan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan istri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.
Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium ank-ank sebelum dibawa ke h0spital.
Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan p0sitif C0VID.
Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati p0sitif viru.s berkenaan, Ahad lalu.
“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada.
“Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.
“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya.
“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.
“Doakan kami segera sembuh,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.
“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.
Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber : hm
Sumber: Harian Metro