KOTA KINABALU: Enam pelajar perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak malam Jumaat.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.
Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.
Tindakan mereka menumbuk dan menendang pelajar terbabit turut mendapat kecaman daripada warganet.
Tonton Video :
Sumber Sinar