Kuala Lumpur: Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh diselubungi kesedihan apabila anak bongsu yang juga mangsa kemalangan turun daripada wad untuk melihat jenazah ibu, bapa dan anak saudaranya buat kali terakhir.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Perkongsian meruntun hati itu dikongsi Shahrol Mohamad dari Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih yang diberi tanggungjawab membawa tiga jenazah mangsa ke Lembah Klang untuk dikebumikan.
Shahrol atau dikenali sebagai Abang Chik berkata, mangsa wanita itu dikenal pasti sebagai anak bongsu kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia, Mohmed @ Mohamed Shamsuddin, 75, dan Kamariah Hamzah, 72.
Selain Mohmed, Kamariah dan Muhammad Daniel, turut maut dalam kemalangan pada 3.10 pagi itu ialah pemandu trak tunda Mohd Azuan Zainal Abidin, 53, manakala 12 lagi cedera.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Exora yang mengalami kerosakan sedang dinaikkan ke trak tunda dirempuh sebuah lori kontena yang didakwa terbabas.
Turut dirempuh ialah sebuah Proton Waja dinaiki empat sekeluarga.
Mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Terengganu dari Kuala Lumpur untuk bercuti sempena hujung minggu.
Terdahulu media melaporkan pemandu treler terbabit ditahan polis.
Kuala Lumpur: Polis menahan pemandu treler, 56, yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur menghala Kuantan, dekat Temerloh, Pahang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, polis menerima maklumat berhubung kemalangan yang membabitkan empat kenderaan iaitu treler, trak tunda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta, 3.10 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila dua kenderaan bersama trak tunda berhenti di lorong kecemasan dengan satu daripadanya mengalami kerosakan.
“Semasa trak tunda itu menaikkan kenderaan, datang treler melanggar ketiga-tiga kenderaan berkenaan menyebabkan empat individu disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azhar berkata, 11 lagi mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya termasuk yang menggunakan laluan LPT supaya sentiasa patuh dengan peraturan jalan raya dan memandu berhati-hati terutama ketika melalui lokasi berisiko tinggi berlakunya kemalangan,” katanya.
Kuala Lumpur: Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh diselubungi kesedihan apabila anak bongsu yang juga mangsa kemalangan turun daripada wad untuk melihat jenazah ibu, bapa dan anak saudaranya buat kali terakhir. Alfatihah.. pic.twitter.com/7G0OC9bs4G
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) August 27, 2022
Sumber HM, Video Facebook Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih