Luna Maya

Kerana ubat kuat, pasangan baru berkahwin temui ajaI di bilik hoteI. Pihak berkuasa dedah apa terjadi

Pasangan pengantin baharu dilaporkan maut akibat terlebih minum ubat kuat sewaktu mereka berdua sedang menikmati percutian bulan madu.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut portalTribunNews, pasangan pengantin yang masing-masing berusia 30 dan 27 tahun itu datang ke sebuah hotel terletak di wilayah Karangpandan pada Sabtu lalu untuk satu malam.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut bukanlah disebabkan kes jenayah, sebaliknya pengambilan ubat kuat yang berlebihan.

“Dalam kejadian tersebut, tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa,”ujar pegawai polis, Inspektor Budi Raharjo.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan melaporkan kesan ubat kuat tersebut telah menyebabkan denyutan jantung mangsa berdegup kencang secara tiba-tiba sebelum berlaku mengakibatkan pembuluh darah pecah.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh pasangan pengantin, kesan luka ditemui pada bahagian mulut bawah, gigitan di lutut dan luka pada bahagian tangan kiri. Selain itu, turut ditemui kesan bintik-bintik merah pada kulit leher, dada dan sekitar perut,”jelas pegawai bertugas.

Sumber Tribun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *