Siapa tidak gemarkan kejutan romantis, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang dilamun cinta. Bukan hanya rasa dihargai, tetapi perasaan sayang juga makin bertambah dari hari ke hari.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Mungkin itu dirasai seorang gadis ini apabila menerima kejutan istimewa dipercayai daripada teman lelakinya sebaik selesai menonton filem dan keluar dari sebuah panggung wayang.
Rakaman video TikTok mereka dimuat naik oleh akaun @MALAYSIAVIRALL di laman Twitter sehingga tular diulang kicau hampir 860 kali dan 551 tanda suka.
Video tersebut meraih lebih 60,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang segelintir seperti ‘bitter’ dengan menyifatkan pasangan itu terlalu ‘cringe’.
Lupa zip seluar?
“Bersemut…. Bersawit…. Hargai masa muda anda…. Kumpul duit dan belajar tanggungjawab… Rasa dah bersedia kahwin yer dik.” – Aizah
“Waktu inilah pergi ke tandas pun dah rindu…pastu barulah duduk kat sebelah rasa seperti hantu kak limah sakit perut” – Faizal
“Kebetulan esok nk tgk wayang, nnt keluar je nk tgk laa kot2 tetiba ade yg melutut kt depan pastu sarung cincin.. ouchhhh sweet nyaaaa” – Deanna
Bagaimanapun, terdapat juga individu meminta agar tidak mengecam pasangan berkenaan kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan orang tersayang
“Kalau anda berjodoh nanti, selepas kahwin pastikan sweet ini ada lagi, jangan pupus. Apa yg dia buat dkt anda sebelom kahwin, pastikan lepas kahwin anda dpt layanan lg bgus dr yg sebelom kahwin.” – Izzatul
“Fantasi je tu.. Tunggu kawen esuk dia bising tak klu kena beli minyak sebulan sampai 2 botol..” – Nuris
Tonton Video :
Murung min tengok video ni. Korang yang single jangan tengok video ni. pic.twitter.com/AGnpZeDaTV
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 1, 2022
Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL