Seorang remaja 18 tahun dilaporkan telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dengan memukul menggunakan batu dalam kejadian di Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Memetik laporan Tribun News, mangsa yang berusia 54 tahun itu telah ditemui terbaring kaku di atas katil dan berlumuran darah oleh seorang jiran.
Daripada maklumat yang diperolehi, suspek disyaki mengalami gangguan mental.
Bagaimanapun, polis akan meneliti lebih lanjut keadaan mental suspek untuk menentukan tingkah lakunya.
“Kami masih melakukan ujian psikologi terlebih dahulu kerana dia disyaki mengalami gangguan mental,” kata anggota polis.
“Kisah ank berank yg tragis..semoga arwah d tempatkn dkalangan org2 yg beriman.. Tuk si ank semoga kesihatan kembali pulih.. Penyakit mental is real… Nk2 jika hidp dlm kesempitan hidup..” – Salmira
“Tergamakkk, harap diberi hukuman yg setimpal dgn perbuatannya” – Osman
“bagi hukuman mati kepada dia ! sampai hati membunuh mak yang melahirkannya” – Gurley
Sementara itu seorang lelaki ditangkap selepas menjerut leher isteri sehingga maati
Gara-gara berang tidak dibelikan motosikal, seorang suami di Rejang Lebong, dalam wilayah Bengkulu didakwa membunuh isterinya menggunakan wayar elektrik yang dijerut pada leher mangsa, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Mangsa, Amelina Efriyanti, 31, dikatakan bertengkar dengan suspek, KO, 33 di rumah mereka pada 3 Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong, Iptu Deny Fita Mukhtar berkata, mangsa yang berasa tertekan ketika bertengkar bertindak mengambil wayar elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka lalu melilitkan kabel itu pada lehernya.
Dia turut berkata: “Daripada makan hati lebih saya membunuh diri.”
“Suspek yang marah lantas menarik wayar tersebut menggunakan kedua-dua tangannya dan menyentaknya dengan kuat sehingga menjerut leher mangsa.
“Mangsa kemudian dilaporkan jatuh terduduk dan tidak bernafas,” kata Iptu.
“Seetan tidak mengajarkan manusia untuk berfikir dengan benar tapi seetan mengajarkan manusia merasa selalu benar. Hakikatnya manusialah yang memenangkan seetan dalam kehidupan.” – Zizi
“Gilerlaa arr suami mcmni…pakcik belikan motor utk bini sampai 2….satu buat htr ank pergi sekolah…satu lagi buat jln2 nk pergi mengumpat rmh kwn2 dia.” – Zahrul
“Kau akan d hantui motosikal lah lps n..hidup ko xakan tenang lps n..dasar suami gobIok..mak bapa xda ajar dia..” – Khairy
“Nk kata kt laki dia pn xleh gak..kita xtau mcmna keadaan rumah tangga dia..bini dia pn dah arwah..doa ja la yg baik2” – Fayd
Sumber: Tribun News