Luna Maya

‘Tak zina sebab jaga niat..’ – Wanita dikecam travel di Thailand tidur sebilik dengan pakwe

Buat kaki ‘travel’, pastinya lebih seronok jika mereka berpeluang bercuti bersama rakan-rakan yang ‘sekepala’ kerana dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti bersama. Bukan setakat bercuti bersama malah boleh berkongsi serba sedikit tips dan pengalaman sedia ada kepada warganet yang lain.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita muslimah menerima kritikan hebat warganet selain mempersoalkan tips percutian bajetnya itu.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman bercuti bersama teman lelakinya di Thailand.

Wanita itu memberikan tips percutian bajet bersama kekasih hati di mana mereka berkongsi bilik penginapan hotel termasuk katil dan hanya dipisahkan dengan bantal sahaja.

Susulan diajukan tentang isu zina, wanita tersebut menyangkal tuduhan tersebut dengan mengatakan perlu berpegang teguh pada niat seseorang.

Difahamkan, perkongsian asal itu telah dipadam kerana menerima banyak kritikan ramai namun dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali Mimi.

Menerusi ciapan oleh Mimi, wanita terbabit mengatakan dia memakai tudung dan berselimut ketika tidur sekatil bersama teman lelakinya.

Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.  Dalam pada itu, dia juga mengatakan mereka solat berasingan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan tips percutian bajet tersebut dan ia seolah-olah berlagak ‘couple terpaling Islam’.

Malah, ada yang mengatakan pasangan kekasih bukan Islam pun masih tahu batasan di mana mereka tidur di bilik berasingan.

“Malu btol sebab family semua tau..n jabatan agama boleh terus amik tindakan..pengakuan dh ada tu..jgn jadikan benda normal semua ni” – Ruzmi

“Klo ko dh nikah bukan jerrrr jimat. Pahala pun dpt. Ni mesti masa naik flight otak jatuh kelaut. Klo naik bas masa bas bergegar otak jatuh kelutut.” – Khairul Anuar

“Tidak faham Islam hanya mewarisi inilah yang terjadi mungkin ada lebih dahsyat lagi…tanda² akhir zaman. Marilah kita dan keluarga memperbanyakkan dan memperbaiki lagi amalan kita berlandaskan sunnah & Al quran sebagai persediaan hari pembalasan. Islam itu mudah tapi bukan mempermudahkan sesuka hati.” – Mizal

“Tips bajet ang , kalau betoi siam tuu bilik dia tak sampai 50 aih gataiii nak dok sebilik juga dah tuu buat acah acah reveiw org p siam dia tak habaq aih” – Shahira

Sumber: Twitter @WVGIF

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *