Luna Maya

‘Sangat mustahiI nakbuat babak kahwin dengan jarak empat meter’ – Michael Ang

Pengarah drama Mati Pucuk, Michael Ang menjelaskan dirinya tidak tahu apa-apa mengenai adegan mesra melibatkan dua pelakon iaitu Emma Maembong dan Shahz Jaszle.

RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Memetik laporan mStar, pengarah berusia 46 tahun itu enggan mengulas mengenai adegan tular itu memandangkan dirinya sendiri pun tidak tahu menahu termasuklah melihat sebarang video seperti yang diperkatakan ramai.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shahz mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mengatakan ia agak mustahil sekiranya mereka mahu menjayakan babak perkahwinan dengan jarak empat meter.

Sementara itu, Michael turut enggan mengulas lebih mengenai mengenai kritikan warganet terhadap aksi mesra antara Emma dan Shahz yang dikatakan melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

“Saya tak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu melihat, tonton siaran TV Al-Hijrah,”ujar Michael Ang.

Terdahulu, tular video adegan mesra Emma dan Shahz berpelukan dengan mengenakan busana pengantin serta tindakan menampar punggung pelakon lelaki itu sehingga mengundang kritikan ramai.

Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas daripada kedua-dua pelakon tersebut mengenai adegan yang dikatakan ‘keterlaluan’.

Tonton Video: SILA KLIK DI SINI

Sumber: mStar 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *