Kebiadapan seorang individu yang memuat naik komen berbaur penghinaan dan fitnah terhadap seorang selebriti wanita mengundang padah apabila tuan empunya badan tampil membuat laporan polis hari ini.
Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada jam 8.10 malam tadi terhadap pengguna facebook yang menggunakan nama Zain Rashdan yang secara terang dan jelas melemparkan kata-kata tersebut terhadapnya di media sosial.
Berdasarkan perkongsian Elizad melalui akaun Instagram, Zain telah memuat naik komen tersebut di Facebook Roti Kaya dalam posting bertajuk, ‘Usia nak masuk 40 tahun, masih tiada zuriat, doakan saya’.
Zain dengan beraninya menuduh Elizad mandul, tidak solat, tidak menutup aurat serta mengelarnya sebagai ‘p*****k’. Komen Zain itu kemudian disedari oleh ahli keluarga Elizad dan terus memaklumkan kepada pelakon berkenaan sebelum membuat laporan polis.
“Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen ‘bodoh’ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?! Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut, sedih teramat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!
“I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!
“Lain orang lain caranya, I don’t need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tak, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that ‘mandul’ word to me!. Kau tahu tak aku struggle macam nak mati nak mendapatkan zuriat sendiri?! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.
“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, sakit tahu tak? Sakit! Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mandul! Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak! Kau simply boleh cakap aku mandul dan p******?
“Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Zain Rashdan, kau cuit salah orang,” katanya.
Elizad sebelum ini mengalami kegu.gvran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.
Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun.
Sementara itu, ramai yang memberi reaksi berdasarkan hantara tersebut.
Media sosial sepatutnya digunakan dengan cara yang baik dan dimanfaatkan, bukannya untuk disalahguna dengan menyakiti hati orang yang kelak akan memberi kesan. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Fasha Sanda Tampil Dedahkan Sikap Sebenar Siti Elizad
Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai orang termasuk rakan selebriti mempertahankan Siti Elizad.
Tak terlepas juga pelakon, Fasha Sandha apabila dia mendedahkan perangai sebenar rakannya itu ketika bekerja bersama.
Meninggalkan komen di Instagram Siti Elizad, Fasha mengatakan orang ramai tidak boleh sesuka hati menghukum seseorang.Terutamanya apabila isu tersebut berkait dengan soal ibadah.
Malah Fasha juga mendedahkan rakannya itu tidak pernah meninggalkan solat ketika bekerja.
“Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia shooting”, komen Fasha.
Pelakon tersebut juga meminta Siti Elizad untuk tabah menghadapi ujian dan tuduhan netizen.
Dia juga berkata rakannya itu tidak man dul dan pernah hamil pada sebelum ini.
“Baik mohon keampunan dari tuan badan”
Tambah Fasha, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk rakannya.
Tegas pelakon itu, dia meminta individu atau sesiapa sahaja yang mendakwa rakannya man dul dan tidak solat untuk memohon keampunan kepada Siti Elizad.
“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat ijat. Love you yang be strong. Kami doakan yang terbaik.
Hello dia tak man dul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan”, ujarnya.
Pada masa yang sama, Fasha juga berkongsi dia dan keluarganya sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti Elizad.
Dikhabarkan Siti Elizad sudah memfailkan laporan polis berkaitan dengan isu tuduhan pelakon tersebut man dul dan tidak solat di Balai Polis Bukit Jalil.
Sumber KotakMedia