Luna Maya

VIDEO: Syok Berborak Dgn Kawan Dalam Bahasa Tamil, Mak Cik Ini Buat Ramai Kagum

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya

Jadi tidak hairanlah jika ada segelintir daripada kita fasih berbahasa asing selain bahasa Melayu betul tak?

Hal ini merupakan satu keistimewaan bagi sesiapa yang dapat bertutur lebih daripada satu bahasa.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang mak cik fasih berborak bahasa Tamil dengan seorang rakannya mencuri tumpuan ramai.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang mak cik sedang berada di dalam kereta sambil berbual dengan seorang rakannya menerusi tingkap.

Difahamkan mereka berdua sedang berborak mengenai khabar keluarga dan memberitahu ada sahabat mereka meninggal dunia.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mak cik itu bukan berborak menggunakan bahasa Melayu tetapi dia menggunakan bahasa Tamil dengan rakannya itu. Malah, dia juga dilihat sangat fasih dalam bahasa Tamil itu.

Syok Berborak Dgn Kawan Dalam Bahasa Tamil, Mak Cik Ini Buat Ramai Kagum

Syok Berborak Dgn Kawan Dalam Bahasa Tamil, Mak Cik Ini Buat Ramai Kagum

“Bayangkan how powerful Malaysian gonna be kalau semua rakyat pandai cakap Tamil, Mandarin” – Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dan memuji selepas melihat kebolehan mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 31.6K views, 583 retweets dan 1,059 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Tak sangka aku boleh tunggu sampai habis video

Maybe sistem pendidikan patut introduce belajar 3 bahasa

 

Makcik memang power

Sila tonton video :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published.