Luna Maya

Susu badan Syatilla Melvin melimpah ruah siap nak derma

Tak semua wanita mampu merasai nikmat ketika dalam fasa penyusuan bayi. Lebih-lebih lagi, buat para wanita yang baru bergelar ibu buat pertama kali. Fuhhh, penuh macam-macam cabaran yang timbul termasuklah kurang penghasilan susu.

Ada yang terpaksa stop pemberian susu badan kepada si bayi, lebih singkat dari tempoh yang disarankan pakar perubatan.

Sebelum para ibu baling bendera putih, sebenarnya ada cara yang para-para ibu boleh ikhtiar untuk tambah susu badan.

Termasuklah, golongan bayi yang tidak sah taraf ataupun berstatus yatim piatu. Dengan syarat, segala maklumat lengkap dan latar belakang mengenai bayi berkenaan haruslah dikongsi terlebih dahulu kepadanya. *boleh DM ke Instagram @samtilla

Haaaa, bukan senang tau nak dapatkan susu badan yang banyak, siap boleh agihkan lagi! Tahniah Syatilla…

Menerusi perkongsian founder Nufiya sendiri, Hidayah Suhaimi ataupun Yaya Suhaimi menyatakan pada awalnya produk milk booster ini dihasilkan demi menyelesaikan masalah diri yang gagal menyusu anak pertamanya.

Kos yang lebih terpaksa dikeluarkan untuk membeli susu formula tatkala situasi kewangan keluarga ketika itu agak meruncing. Belajar dari “kesilapan” lepas, setelah kelahiran anak kedua Yaya Suhaimi menanam niat untuk menyusu penuh anaknya itu.

Tetap mengalami masalah kurang penghasilan susu, Yaya Suhaimi tidak segan mendapatkan nasihat dari jirannya yang berbangsa cina. Dia ketika itu disarankan untuk mencuba herba tradisional cina seperti kurma merah, longan dan goji beri.

Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, usahanya ketika itu kini mampu menjadi bantuan kepada golongan ibu yang mengalami nasib yang serupa.

Yaya Suhaimi juga menerangkan, milk booster Lactation Jell-Y Nufiya ini sangat mesra pengguna sebab ia mudah dinikmati kerana didatangkan dalam bentuk jeli. Hanya perlu koyak dan makan.

Nak bawa pergi travel, makan time driving pun senang! #KOYAKSrappMAKAN

Tambahan, produk ini dilabelkan sebagai mampu milik dan mesra poket kerana ia boleh didapati dengan harga RM79 sekotak yang mengandungi 20 sachet Lactation Jell-Y.

Pengasas berusia 28 tahun ini juga, meluahkan hasrat untuk mengembangkan lagi produk rangkaian Nufiya dengan memasuki pasaran makanan baby demi memudahkan lagi urusan ibu-ibu di luar sana.

Sumber OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *