Luna Maya

Tak Mahu Terus Terpalit, Akhirnya Carl Samsudin Memuat Naik Penjelasan Tular Video dan Memohon Maaf kepada rakyat Malaysia

Walau siapa pun kita, adab dan tutur kata haruslah dijaga lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan mereka yang lebih berusia.

Mungkin mereka pernah melakukan kesilapan dalam hidup, namun tidak perlulah kita mengungkit atau mempermalukan mereka di khalayak ramai andai hal tersebut boleh mengguris hatinya.

Marah orang tua di khalayak ramai

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter yang memuat naik perkongsian dari seorang usahawan dan juga influencer, jofliam.

Ini apabila dia membuat posting di IG story dengan menunjukan satu video seorang influencer lain memarahi orang tua di depan orang ramai.

Dalam perkongsian tersebut, dapat didengar dengan jelas influencer dan juga usahawan  berkenaan bertanya kepada seorang warga emas berkenaan kehidupannya dahulu.

Dia sempat mengajukan soalan sama ada pakcik tersebut menyesal ataupun tidak dengan apa yang dilakukan ketika muda.

Perkongsian tersebut dilihat sebagai kurang ajar kerana dia bercakap dengan orang yang lebih berusia dan bukannya adik atau anaknya.

Tengah bercakap dengan orang tua, bukan dengan adik

Jadi, influencer yang menggunakan nama jofliam telah menyuarakan rasa geramnya melihat individu tersebut memarahi pakcik berkenaan.

Ia sehingga warga emas tersebut tidak berkutik dihadapan orang ramai.

Jadi, disebabkan jofliam juga merupakan seorang usahawan, dia menjangkakan semua ini adalah strategi dalam perniagaan.

Dan dapat mengagak tindakan seterusnya yang bakal diambil oleh influencer tersebut nanti.

Jofliam juga kesal dengan tindakan influencer terbabit yang senang-senang bermain dengan maruah orang lain lebih-lebih lagi dengan orang susah dan juga warga emas.

Carl Samsudin Memohon Maaf

Sumber Instagram Carl Samsudin

Leave a Reply

Your email address will not be published.