Luna Maya

Balik je rumah metua suami akan tidur dgn mak dia dlm bilik, sy terpaksa tidur sorang ditemani air mata

Foto di atas sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca.

Saya ingin bertanya pendapat, saya dah berkahwin 3 tahun, kami bahagia di rumah sendiri tapi bila di rumah mertua saya rasa cemburu dengan mak mertua atas layanan suami berikan kepada mak dia.

Suami saya memang hormat mak dia ini memang saya tak nafikan memang bagus.

Saya tengok siap urut2 bahu. adik beradik suami pun ramai tp perempuan semua.. saya tak halang dia dengan mak dia min.. cuma kekadang saya jadi cemburu..

Kami pjj sebulan sekali baru balik baru dapat jumpa dia tapi hari cuti dia duk rumah mak dia memang kami macam asing tak boleh dekat.

Salah ke saya rasa cemburu min? Atau ini normal saya tak patut cemburu sebab itu mak dia.. tu kategori anak mak ke apa min. mohon pencerahan ya. tq min hide profil saya.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum… Saya adalah Su. Saya baru sebulan melayari alam rumah tangga. Saya memilih suami kerana dia sangat baik, beriman, kelakar dan suami juga adalah seorang yang sangat penyabar.

Suami adalah anak bongsu & seorang duda anak dua. Kedua-dua anaknya adalah perempuan yang berusia 15 dan 10 tahun. Suami menduda sejak 9 tahun yang lalu.

Alkisahnya, selepas 3 hari berkahwin, saya berpindah untuk tinggal bersama suami di rumah mak mertua. Segala pakaian dan perhiasan diri saya angkut ke rumah mertua. Kamar beradu saya hiaskan cantik-cantik supaya saya dan suami selesa untuk tidur.

Baru 1 minggu pertama tinggal dengan mak mertua, saya sudah mulai stress. Jiwa saya terganggu dengan perangai mak mertua. Saya telah sedia maklum sejak bercinta dengan suami lagi bahawa mak mertua memang suka bercakap.

Tapi saya tidak sangka perangai “suka bercakap” mertua itu sangat kronik. Sampaikan ada 1 masa saya rasa telinga saya perit mendengar rintihan dan bebelan mertua.

Saya faham mak mertua kesunyian kerana telah kematian suami 30 tahun yang lalu. Dia menjadi balu pada umur 48 tahun. Sekarang umur dia sudah 78 tahun tapi beliau masih lagi sihat tiada apa-apa peny4kit kr0nik.

Dia masih boleh berjalan seperti biasa, malahan ketika solat pun masih boleh berdiri dengan baik. Mak mertua saya juga mempunyai 7 orang anak.

Tetapi 2 daripada anaknya telah mngal dunia. Jadi, tinggallah 5 orang yang ke semuanya telah berkeluarga dan tinggal di daerah sebelah.

Untuk pengetahuan semua, ipar duai saya jarang berkunjung ke rumah mertua. Mereka hanya berhubung dengan mak mertua melalui telefon sahaja.

Bayangkan hari kelima berkahwin, saya demam ter0k. Mungkin kerana cuaca di kampung sangat panas. Hari-hari biasa, rutin saya akan menyediakan sarapan pagi dan mengemas rumah.

Malangnya pada hari kelima tersebut, saya memang tak larat sangat. Kebetulan pula suami terpaksa masuk ke pejabat kerana ada urusan penting.

Tinggallah saya berdua dengan mak mertua. Seperti biasa, saya bangun pagi untuk sediakan sarapan dan mengemas rumah. Bila semua dah selesai, saya pun berbaring di atas sofa.

Baru saja nak lelapkan mata, mak mertua datang dan mengajak saya bersembang. Saya yang lemah kerana demam hanya mampu mengiyakan sahaja.

Mak mertua juga kerap membawang tentang orang-orang yang saya tak kenal. Saya bukan jenis suka membawang. Saya jadi rimas bila dia sibuk membawang itu ini tentang orang-orang disekeliling dia.

Bayangkan, pernah 1 hari mak mertua bertanya mengenai gaji saya. Untuk makluman, gaji saya lebih besar dari gaji suami. Tapi saya tidak kisah kerana selama mengenali suami, dia tidak pernah berkira dengan saya. Segala keinginan saya, suami akan cuba turutkan.

Saya tidak senang apabila mak mertua sibuk nak tahu berapa gaji saya sebulan. Puas saya mengelak, dia tetap nakkan jawapan. Sehinggalah saya terpaksa menjawab,

“Gaji saya paras RM…..”.

Saya beritahu suami tentang ketidakpuasan hati dengan sikap mak mertua yang busy body. Kelihatan seperti suami nak marah. Dia nak tegur sikap mak mertua tetapi saya menghalang.

Saya tak mahu menjadi punca pergduhan mereka pula nanti. Saya beritahu sekadar untuk meluahkan perasaan, bukannya nak melaga-lagakan mereka.

Isu gaji saya tidak habis disitu. Mak mertua menjaja dengan bangga tentang gaji saya kepada ipar duai ketika kami melawat ke rumah ipar duai. Saakitnya hati saya.

Tetapi saya tahankan perasaan. Rupa-rupanya suami mendengar mak mertua bercerita tentang saya kepada ipar duai. Cepat-cepat dia sound mak mertua pada masa itu jugak. Tercengang sekejap mak mertua apabila diperli suami.

Bab kamar beradu. Mak mertua sesuka hati dengan bangganya menunjukkan bilik tidur saya kepada saudara mara yang datang kerumah. Sikit pun dia tak rasa bersalah.

Sudahlah dia keluar masuk bilik saya waktu saya tiada di rumah. Saya dapat tahu pun apabila ada saudara mara yang kami terserempak dimana-mana beritahu bilik tidur kami cantik dan wangi. Allahu akbar.. mengucap panjang saya.

Seperti mak mertua CPB, mak mertua saya juga selalu bercakap sorang-sorang.

Dia selalu juga bercerita benda yang sama berulang-ulang kali sampai naik muak saya mendengar, dan selalu buat saya rasa serba salah.

Contohnya setiap kali saya mencuci pakaian, dia akan tanya berapa sudu sabun pencuci yang saya masukkan. Kalau saya jawab 2 sudu, dia akan cakap dia biasanya letak 3 sudu barulah pakaian akan jadi lebih bersih.

Sama juga situasinya kalau saya memasak. Dia akan bertanya cara-cara saya memasak. Then dia akan compare kan dengan cara dia yang lebih betul, bersih, teratur dan bermacam-macam lagi.

Saya merasakan seolah-olah saya tak bebas untuk melakukan semua benda dalam rumah itu. Ada saja benda yang tak betul.

Setiap hari saya akan set kan alarm saya untuk bangun pada pkul 6 pagi kerana saya akan keluar pergi kerja pkul 8 pagi. Sempat sangat kalau saya nak solat subuh dan siapkan sarapan.

Mak mertua saya langsung tak menghormati waktu tidur saya dan suami. Kalau dia bangun pkul 5:30 pagi, time tu jugaklah dia akan mengejutkan kami dari tidur.

Sama juga kalau dia bangun pkul 5:45 pagi atau lebih awal dari itu. Mak mertua akan memanggil-manggil nama suami dari luar bilik selagi suami tak menyahut.

Dia langsung tak faham kami ni pengantin baru yang masih lagi berada di dalam fasa honeymoon. Semestinya adakalanya kami membuat OT di tengah malam.. Huhu… Jadinya kami memerluukan rehat yang secukupnya untuk melakukan kerja keesokkan hari.

Sudahlah setiap kali saya keluar bilik, mulutnya terus berceloteh macam-macam. Tak sempat saya nak celik mata betul-betul. Betapa gemarnya mak mertua bersembang..

Di hari cuti pun sama. Saya celik mata aje, mak mertua dah ajak bersembang.

Saya pula yang kelam kabut nak buat kerja rumah. Mana nak cuci pakaian, mana nak siapkan makanan, mana nak buat itu, nak buat ini. Sungguh saya penat. Mak mertua sering memuji diri sendiri.

Katanya ramai yang memuji dia masih cantik seperti anak dara. Rambutnya yang lebat juga seperti anak dara.. Ramai yang masih mengorat dia tapi dia tak mahu. Dia lebih rela hidup single. Motif dia cerita pun saya tak tahu.

Mak mertua juga kerap menyebut-nyebut nama bekas isteri suami. Katanya dia masih menganggap wanita itu sebagai menantu tetapi dia tidak akan maafkan wanita itu (bekas suami bercrai kerana bekas isteri cur4ng).

Saya ni kalau boleh malas dah nak fikir pasal bekas isteri suami sebab dia tak ada kena mengena pun dengan saya. Tambahan pula anak-anak suami elok je baik dengan saya.

Bukan saya nak memuji tetapi anak-anak suami sangat baik tutur kata dan kelakuan.

Tetapi mak mertua selalu memburuk-burukkan mereka. Kata mak mertua, kedua-dua anak suami dah besar. Sepatutnya dah pandai masak. Ini tak, pegang kuali pun tak pandai..

Saya hanya mampu melepaskan nafas keluhan apabila mendengar kata-kata mak mertua. Penat, Saya juga faham situasi remaja zaman sekarang.

Ketika saya berumur 15 tahun, saya belum pernah masak. Saya mula memasak ketika berusia 28 tahun dan sekarang (saya dah berusia 33 tahun) saya dah mahir memasak bermacam-macam jenis makanan termasuklah western food dan chinese food.

Walaupun mereka anak-anak suami, saya tetap anggap mereka seperti anak saya sendiri. Saya tak suka dengar orang lain mengutuk anak-anak saya.

Saya juga belum berpeluang untuk honeymoon. Even tak pernah terfikir untuk pergi honeymoon. Sebabnya setiap kali saya nak keluar berjalan-jalan, pasti mak mertua akan buat muka sedih kalau kami tak ajak dia. Silap haribulan kalau kami nak pergi honeymoon, dia pun nak ikut sekali. Oh tidak

Setiap kali solat, pasti saya akan mengalirkan airmata. Perkahwinan saya masih baru tetapi saya terpaksa hadap semua ni. Semua perihal mak mertua saya maklumkan kepada suami.

Suami mengharapkan saya untuk lebih bersabar dengan karenah maknya itu. Malahan saya baru mendapat tahu, punca pencraian suami dengan bekas isteri ada sedikit berpunca daripada mak mertua.

Ya, mungkin ada yang mengatakan saya bertuah kerana mempunyai mak mertua yang ramah. Cubalah duduk ditempat saya. Silap haribulan awak juga akan rimas sepertimana yang saya sedang rasa sekarang ni.

Saya mohon pembaca semua mendoakan ketabahan dan kelapangan hati saya untuk menerima segala kebaikan dan keburukan orang-orang disekeliling saya terutamanya mak mertua.

Saya ingatkan saya akan hidup bahagia sebahagia bahagianya selepas berkahwin. Tapi itu semua hanya dongeng semata-mata. Walaupun saya punya suami idaman hati saya tetapi terselit juga sedikit penderitaan untuk dilalui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *