Luna Maya

Suami Bcerai Sbb Tergiilakn Aku, Tp Aku Tgh Mgandung Suami PergiMain Dgn Bks lstri Alasan Rindu

Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin, andainya siarkan luahan hatiku ini. Nama aku Siti Mazlin (pastilah bukan nama sebenar). Aku Setiausaha di sebuah syarikat besar. Suami aku asalnya adalah boss aku. Nama suami aku Wahab (bukan nama sebenar). Aku sudah berkahwin 2 tahun dengan suami aku seorang duda anak dua. Anak-anak tiri aku perempuan usia 13 dan 11 tahun. Sekarang aku mengandung 6 bulan.

Aku mengaku aku yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga suami aku dengan isterinya. Isterinya Laila (bukan nama sebenar) seorang engineer di syarikat Oil n Gas di Kuala Lumpur.

Bukan salah aku. Suami aku yang main mata dengan aku di pejabat. Suami aku kata dia tak bahagia dengan isterinya.

Aku tetap mendorong Wahab berbaik dengan Laila demi anak-anak. Aku layan anak-anak tiri dengan baik walaupun aku saakit hati kerana dipanggil B1tch setiap kali Wahab tiada. Aku rasa hendak ketuk-ketuk kepala dua budak perempuan tuh.

Hinggalah suatu malam ketika Wahab mandi, aku ternampak di Notification hp Wahab mesej dari Laila. “Best laa pagi tadi, abang makin lama makin power”. Aku sentap. Aku baca mesej Laila kerana aku tahu password hp suami aku.

Berdegup laju jantung aku. Aku lihat banyak mesej bagai orang bercinta. Banyak gambar-gambar b0gel bertukar antara mereka.

Bekas Suami bercinta dengan Bekas Isteri. Bekas Suami itu adalah Suami Aku. Wahab. Macamana aku boleh terlepas pandang??

Aku meng4muk. Suami aku keluar dari bilik air, aku baling segala apa yang sempat aku capai. Berd4rah kepala suami aku kena pasu kaca mahal hadiah kahwin aku itu. Pecah berderai.

Aku meng4muk sepanjang malam. Aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku toreh sofa chesterfield dengan pis4u. Aku toreh semua langsir.

Aku pecahkan cermin depan kereta BMW Wahab dengan batu taman. Kuat pula aku angkat batu hiasan besar itu dengan sekali baling pecah cermin kereta Wahab. Aku benar-benar marah.

Suami aku terkejut. Dia cuba pujuk aku. Aku Tak Nak. Aku pecahkan frame gambar kahwin kami. Aku pecahkan sliding door kaca. Aku benar-benar saakit hati.

Suami aku kutuk aku pada Laila sama seperti yang suami aku kutuk Laila pada aku dulu.

Sekarang aku sedih. Aku tidak percaya lagi pada suami aku. Aku berhenti kerja. Sekarang aku 24jam duduk dalam pejabat suami aku. Handphone suami, aku pegang dan check sentiasa.

Aku sedih. Alangkah baiknya jika suami aku tidak berbaik dengan bekas isterinya seperti janda lain. Aku tengok ramai perempuan yang bermusuh dengan bekas suami mereka selepas berceraai.

Sekurang-kurang apabila benci, mereka tak maen dengan bekas suami seperti Wahab dan Laila. Bodohnya aku kerana baikkan mereka berdua.

Wahab bagitahu aku, biasalah zaman sekarang bekas suami kalau berbaik dengan bekas isteri mesti maen seround dua, ambil kesempatan ketika jumpa anak. Semua macam itu kalau berbaik.

Yang tak maen itu jenis perempuan yang benci bekas suami mereka. Jenis yang tengok muka pun tak mahu. Habis aku???? Nak campak mana aku ini???

Aku lebih suka Laila seperti perempuan lain yang benci bekas suami mereka. Tak Berjumpa. Tak Bercakap. Block Sampai Mati.

Kenapa Laila tak block sahaja suami aku?? Jadi aku block Laila. Aku tukar nombor handphone suami aku. Laila dan anak-anak nak bercakap kena melalui aku.

Sekarang aku tak boleh tidur lena. Aku kerap terjaga malam. Lima enam kali aku terjaga. Aku mesti check suami aku tidur atau tidak di sebelah aku. Aku check handphone suami aku.

Aku mula menjadi wakil suami aku dalam membalas mesej-mesejnya. Termasuk mesej-mesej dari tempat kerja. Aku jadi setiausaha suami aku 24jam.

Adakah aku sudah hilaang akal?

Aku cuma mahu mempertahankan perkahwinan aku ini. Aku akan berikan anak lelaki kepada Wahab dalam masa 3 bulan lagi. Aku takut dalam aku pantang nanti Laila berjumpa Wahab dan mereka berskandal lagi.

Alangkah baiknya kalau Laila benci kepada bekas suaminya seperti janda-janda lain. Tidaklah aku separuh gila begini.

Aku mahu Laila benci kepada Wahab. Apa perlu aku buat?

Bantu aku please.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *