Kulim: Tindakan seorang wanita berstatus isteri orang yang mempunyai empat anak sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam sebuah bilik sewa di sebuah kampung di sini ketika suaminya keluar bekerja membawa padah apabila mereka dicekup berkhalwat, hari ini.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya yang berusia 32 tahun itu dicekup pada jam 1.40 pagi oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.
“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurut Anwar Shariffudin, pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan.
“Klu dah smpai bwk laki lain masuk rumah, susah nk terima dh…klu dah buat lagi lebih, lagi xbleh terima…tgok muka pun xbleh…semoga ianya dijadikan iktibar utk kita…jaga pergaulan…” – Firdaus
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Ya Allah, jauhkanlah penyakit maksiat dan zina ini dari kami dan pasangan kami serta zuriat keturunan kami. Aamiin ya Allah.” – Rafi
“Semakin byk pulak berita2 mcm ni..bini berkhalwat, yg ada tu sampai mati. Dunia akhir zaman,byk berlakunya zina,haram jadi halal,halal jdi haram…antara dosa dan pahala, semoga apa yg terjadi jadi pengajaran pd kita & jadi peringatan juga buat diri sendiri.” – Azwa
“Isteri……
Jagalah dirimu sebaik yg mungkin tatkala suamimu kluar mencari rezeki utk kluarga.Jaga auratmu, jaga pandangan matamu, tundukkan pandangan seboleh yg mungkin.Dalami agama,pelihara solat dan sentiasa berdoa agar dipelihara drpd kejahatan manusia.Jaga nama baik suamimu selagi mana dia baik terhadap dirimu dan anak anak.” – Liyana
“Nauzubillahiminzalik, takut baca cerita2 akhir zaman ni.. dunia ni tempat meninggal, akhirat sana nanti tempat tinggal abadi kita.. bersedia ka kita nak tinggalkan dunia ni dalam keadaan bermaksiat..” – Shakila
“Allahu kesian nya lah suami dia…kluar mencari rzeki..si isteri plak memberi rzeki pada org lain dan lelaki tertuduh plak keje bawak jengkaut dgn bini org skali kau kaut ye…mesti perit suami dia bertabah lah hendaknya..” – Didi
“haihh nak cakap lebih seriau pulak sebab taktau Allah nak uji kita mcm mana nanti..tapi tu la tu anak2 tgok mak buat benda mcmtu..sian suami” – Hidayah
Sumber HM