CABARAN ini dipikul oleh puan Natasha Khairul yang mempunyai empat orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya bersama Khairul. Menurut perkongsiannya di ruangan komen yang tular, suaminya menjadi pesakit psikiatri akibat ketiadaan pekerjaan sejak awal PKP lalu.
Sebelum disahkan menjadi psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari dan empat malam. Puan Natasha mula risau dengan keadaan suaminya.
Dia pernah melihat suaminya, Khairul menunaikan solat sunat sehingga 7 rakaat tak siap-siap kemudian dengan tiba-tiba saja dia menangis.
“Khairul banyak bercerita tentang emaknya walaupum diulang-ulang”
Situasi itu membimbangkannya kerana itulah kali pertama puan Natasha melihat kelakuan pelik dari suaminya.
Lebih membimbangkan, suaminya kelihatan seperti terkena histeria. Menurut suaminya, dia mengatakan kepada isterinya bahawa isterinya adalah klon.
Kelakuan pelik Khairul ini membuatkan puan Natasha mengambil tindakan untuk menghubungi pihak klinik melalui whatsapp. Pada awalnya dia hanya meminta nasihat kepada pihak klinik apakah tindakan yang harus dilakukan.
Dato’ Sri Najib Razak turut meluahkan rasa sedihnya terhadap Puan Natasha sekeluarga
Tetapi suatu hari, kelakuan Khairul semakin merisaukan. Isterinya terpaksa menghubungi ambulans apabila mendapati suaminya mula bertindak untuk mengamuk.
Menurut puan Natasha, pernah suatu ketika, Khairul mendukung anak-anak mereka dan mengatakan “Inilah harta aku” sambil mendukung anak-anaknya. Ramai orang memujuk Khairul ketika itu.
Akhirnya selepas dua kali lari membawa anak satu hospital, Khairul diikat dan diberi ubat penenang. Bermulalah suaminya menjadi seorang pesakit psikiatri yang disahkan oleh pihak hospital selepas rawatan.
Puan Natasha menerima bantuan dari pihak masjid Kg Sungai Nibong dan Dato’ Razali
Puan Natasha kesal, dia memaklumkan sehingga kini tiada pihak dari kerajaan tampil membantu mereka dari segala segi.
Dalam situasi pandemik, ekonomi yang tidak stabil bagi rakyat biasa yang berpendapatan rendah, bantuan dari kerajaan adalah amat diperlukan.
Menurut puan Natasha lagi, setiap hari dia berdoa agar diberikan kekuatan hati dan emosi dalam menempuh cabaran yang baru dilalui dalam hidupnya ini.
Puan Natasha terpaksa pajak barang kemasnya
Netizen rasa terkesan dengan kisah Puan Natasha. Mereka turut mendoakan agar segala urusan beliau dipermudahkan.
Antara komen Netizen
Menitis air mata
Menerima beratus mesej dari isteri yg tertekan
Sumber Natasha Khairul & Netizen Malaya, disunting oleh BM