Luna Maya

Aku rasa hak aku dinafikan, suami hadiahkan kereta tapi bukan kereta idaman aku

#Foto sekadar hiasan. Aku dah berkahwin. Punya seorang suami dan dua orang anak. Suami aku baik, bagus alhamdulillah.. Walaupun bukan stok suami idaman tapi bila dia ada di rumah alhamdulillah anak – anak terjaga, pinggan mangkuk berbasuh dan kain baju bersidai.

Kami buat semuanya bersama – sama.Tapi aku tengah sedih sekarang ni sebabnya aku tengah konfIik dengan diri aku sendiri dan suami yang aku cintai. Kisahnya, beberapa bulan lepas suami ada menyatakan bahawa dia nak membelikan aku sebuah kereta untuk kegunaan aku.

Dulu aku pernah temankan adik aku beli kereta baru. Dia yang ajak aku. Aku exc1ted habis, walaupun bukan kereta aku. Memang aku tanya habis – habisan daripada nak buat pinjaman sampai ke maintainence​ dan jugak after sales service.

Memang puas hati. Aku ni tak la berapa pandai bab kereta ni, orang perempuan macam aku ni. Jadi tanya apa yang aku tau je la, benda basic je. Suami aku bila aku cakap macam tu dia pun ok je la sambil mata ke atas tangan ke bahu (cara dia melawak).

Faham dah per4ngai bini dia. Hari berlalu, minggu berganti dan bulan pun berganti. Selama tempoh tu, kami ada jugak bincang – bincang dan dia tanya aku nak kereta jenis apa, macam mana. Aku cakap aku pun tak pasti lagi, nanti hari dia ajak aku tengok kereta baru aku confirmkan. Ok.

Tapi, minggu lepas masa tengah sembang – sembang dia ada hint pasal nak beli kereta, nak tengok kereta, sambil tengok – tengok aku, jeling – jeling, senyum-senyum. Tapi tak cakap bila harinya. Dalam hati ada sikit pelik.

Tapi aku tak tanya. Tunggu je dia ajak. Kemudian satu hari tu kami bawak anak – anak pergi makan, dia cakap lepas ni nak tengok kereta. Aku pun exc1ted. Inilah hari yang ditunggu – tunggu. Lepas makan semua tu aku pun buat – buat tanya, lepas ni nak tengok kereta ke?

Dia diam dan senyum. Dia kata, “sebenarnya saya dah beli pun kereta tu.” Seri0usly masa tu, muka aku terus berubah. Aku terk3jut. Aku tanya lagi untuk kepastian. Dan dia kata ya, katanya nak buat surpr1se untuk aku. Surpr1se??

Dah tu, ni kata nak pergi tengok kereta? Ya, nak tengok kereta yang dia dah pilihkan untuk aku. Katanya lagi dokumen semua dah lengkap tinggal bank transfer duit ke kedai tu. Terk3jut lagi. Namun aku masih berharap, aku tanya kalau saya tak suka macam mana?

Dia cakap tak boleh buat apa la dan dia beri jaminan bahawa aku memang akan suka kereta tu siap bagitau jenis dan model kereta tu. Aku speechless. Takde perasaan. Sampai kedai kereta, dia ajak turun tapi aku tak turun.

Aku terasa hati, terasa hak aku dinafikan. Dia pergi sorang. Aku duduk dalam kereta tiba – tiba termenangis. Aku tak tahu apa yang sebak sangat aku ni. Mungkin hari tu hari yang aku tunggu – tunggu, tapi akhirnya dikecewakan macam tu aje.

Perasaan frust dia tu ibarat aku setia giIa dengan dia tiba – tiba dia ada perempuan lain. Haha. Masa tu aku fikir tak dapat kereta pun takpelah, dah jom balik aje. Haha.. teruknya aku. Masa dalam perjalanan balik, suami cuba pujuk aku.

Dia cakap sump4h dia takde niat lain, cuma nak buat k3jutan untuk aku je. Aku cakap kat dia, kalau nak surpr1se bukan macam ni. Ajak aku survey – survey kereta kemudian tanya aku nak kereta apa. Tak payah beli lagi pun takpe.

Dia boleh je senyap – senyap belikan kereta yang aku suka tu. Baru surpr1se. Dia cakap sama je macam – macam mana pun. Aku masa tu tak nak dengar dah apa alasan dia. Cuma aku salahkan dia sebab aku dah bagitau nak ikut masa beli kereta.

Dia diam dan kata dia serba salah. Kami diam lepas tu. Sampai rumah aku memang tak bercakap dengan dia. Dia pun tak bercakap dengan aku. Cakap pun yang penting – penting je. Dia pun takde slow talk minta maaf apa semua.

Aku masih melayan rajuk. Tapi tugas dan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu tetap aku laksanakan. Anak – anak tak bersalah. Selama beberapa hari fasa dingin kami, aku bermuhasabah. Memang aku terkilan sebenarnya.

Dia bekerja, aku pun bekerja. Dia penat, aku pun penat. Beberapa bulan lepas dia dinaikkan pangkat. Dan dia sem4kin sibuk sampaikan hujung minggu sabtu ahad pun bekerja. Hujung minggulah masa untuk kami meluangkan masa dengan anak – anak sambil membereskan kerja rumah yang terbengkalai.

Tapi mengenangkan kerja dan kesibukan dia aku redha ditinggalkan bersama dua anak lelaki yang tengah melasak ya ampun. Ditambah dengan kerja rumah, memasak, membasuh semua. Aku ikhlas buat semua tu. Kami dah lama tak pergi holiday.

Pun aku redha sebab aku faham kerja dia. Tapi bab yang satu ni memang buat aku merajuk. Dulu – dulu masa baru – baru kahwin pun dia pernah buat surpr1se belikan aku smartphone. Ceritanya sama je. Tapi mujurlah yang tu cuma smartphone aje dan nasib baik aku suka.

Ni sebijik kereta woi, terkilannya rasa sebab dia menanggung hutang loan bertahun – tahun sedangkan aku tak suka pun. Sebab tu aku tak suka surpr1se. Kot surpr1se aku balik – balik keje rumah dah siap kemas, anak – anak dah mandi, siap makanan dah terhidang tu lain la.

Memang aku suka. Yang kata aku tak bersyukur tu jangan salah faham. Bukan aku tak bersyukur. Aku cuma terkilan. Macam lah korang tak pernah rasa terkilan. Dan aku cuba positifkan diri untuk terima je apa bentuk kereta tu.

Oh ya, aku tunggu jugak suami aku datang mintak maaf sebab pandai – pandai gi beli sendiri tapi nan hado. Makan hati lagi. Sekarang ni kereta tu tak sampai lagi. Aku dah tahu jenis, model dan warna dia. Tak perlu la mention kereta apa ye.

MaIangnya aku tak berminat. Sekarang ni aku terbayang kalau kereta tu dah sampai sekali pun aku takkan bawak dan aku tetap akan minta suami yang ambil dan hantar aku pergi kerja. Kadang  – kadang terfikir biar dia je la ambik kereta tu, biar aku pakai kereta buruk dia.

Aku tak kisah. Tapi kereta dia kereta manual. Adoi laa.. Kepada nanti yang akan kata alahai benda kecik je, merajuk sebab suami beli kereta yang dia tak minat. Bersyukur la ada jugak kereta. Ramai lagi yang takde kereta.

Ya, ya sekarang ni aku cuba jugak untuk terima kereta tu seadanya dengan harapan lama – lama nanti aku akan suka. Aku ada la jugak niat nak jual balik kereta tu nanti dan beli kereta yang aku minat tapi of course la dia tak bagi.

Malas aku nak deal. Kereta tu nama dia, loan pun nama dia. Geram je aku. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau dia pujuk aku slow – slow dan terangkan apa sebab dia buat semua ni. Aku ok je insyaAllah boleh terima tapi tu la macam aku cakap tadi, dia tak cakap apa-  apa pun.

Eg0nya lahai. Aku sekarang ni tak marah dah dengan suami aku. Rasa berd0sa buat macam tu. Suami oi. Aku tetap hormat, sayang dan cintakan dia. Doakan hatiku lembut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *