Sejak semalam, video seorang TikToker yang terkenal dengan konten permotoran, Haqiem Stopa sekali lagi menerima kecaman netizen di media sosial apabila hadir ke sekolah untuk memberikan motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Perkara tersebut membuatkan sesetengah pihak kurang bersetuju kerana mengatakan TikToker tersebut bukanlah individu yang sesuai untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar melihat daripada kontennya yang dianggap ‘rempit’.
Dalam pada itu, pemuda berkenaan juga menjelaskan yang dia sama sekali tidak mengajar mereka membawa motosikal tetapi lebih kepada berkongsi latar belakang serta buli siber yang dihadapinya memangkan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
“Kita berkongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang bersar. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah di masa hadapan,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia juga ada mengulas berkenaan isu pertemuannya dengan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal sehingga menjadi perdebatan ramai setelah ahli politik itu menggelar Haqiem Stopa sebagai ‘ikon permotoran’.
Dalam kapsyen yang disertakan TikToker terbabit, dia berharap agar penjelasannya ini dapat menjernihkan apa yang berlaku disamping mengucapkan terima kasih.
Antara reaksi netizen:
“Budak Tu budak sekolah …sekolah pun tak habis lagi …dah kenapa Cerita pasal bangkit dari kegagalan ..patutnya bagi la motivasi macam mana nak cari redha tuhan ..macam mana nak memburu kejayaan ..bangkit dari ke gagalan ni motivasi untuk orang yg dah gagal nak Bina hidup baru ..ke pengetua ni nak semua murid dia gagal dulu baru nak berjaya …dulu dia Minta kerja pakai cable ke” – Abdul Rasid
“Kpd Guru besar atau pengetua sekolah jika nk jemput org utk motivasi pelajar inilah org yg sepatutnya dijadikan idola. Abg Viva dimana ada banjir disitulah dia ada. Haqiem stopa tu tk layak utk bagi motivasi kpd pelajar” – Seribu Bayangan
“Faham niatnya, tapi kalau bg motivasi di Sek Henry Gurney ke atau sekolah² yg budak² dah jatuh okay la…bg motivasi utk diorang bangkit balik jd manusia berguna.
Tapi utk pelajar² sekolah ni mesti mak bapak & cikgu² pun diorang pasang impian utk terus mendaki sebuah kejayaan sbb bukan semua org boleh jatuh dulu & bangun semula berjaya…” – Is Pilus
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Instagram Haqiem Stopa, TikTok @haqiemstopa