Luna Maya

VIDEO: Sesak! CAC Stadium Malawati Dikunjungi 4,000 Pesakit COVID 19 Hari Ini Termasuk Kanak-Kanak & Bayi

Semakin meningkat dan terus meningkat…

Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Merusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti.

4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan 

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan.

Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini. 

Najib Razak turut mengulas : 

Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa berdosa membiarkan rakyat yang sakit berada dalam kesusahan sehingga terpaksa menunggu sepuluh jam bagi mendapatkan perhatian.

Najib meluahkan rasa bimbang berhubung pengurusan kes Covid-19 di Selangor yang gagal diurus secara berkesan.

“Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?

“Berdosa ‘korang’ biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur sepuluh jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian.

“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian Covid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.

“Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesakit Covid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.

Ini berlaku setelah keadaan beberapa pesakit di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital.

Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesakit terbabit.

Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesakit tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam.

“CAC dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan. Kita perlu memulakan pasukan kecemasan di CAC,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi

Dalam pada itu, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian.

“Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?

“Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang sakit. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit Covid,” katanya lagi.

 

Sumber MalaysiaGazette, LobakMerah, MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *