Luna Maya

Syamsul Yusof Akhirnya Muncul Terjah Pejabat Wartawan, Ini Kata Kata Dari Mulut Syamsul Yg Buat Ramai Trkejut

SELEPAS kira-kira empat hari situasi panas ini berlarutan tanpa ada kata putusnya, kesudahan kepada episod ini apabila Syamsul Yusof nekad datang terjah ke Menara Star, di Petaling Jaya untuk menyelesaikan kemelut antara dia dan portal ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa” – Tajuk ini menjadi punca kepada kemarahan Syamsul yang mana antara lain intipati artikel berkenaan menyentuh mengenai ketidakhadirannya pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC Starling Mall, Damansara pada 16 Jun lalu.

Syamsul juga meluahkan rasa terkilannya apabila wartawan mStar dalam sebuah rakaman video mengasak soalan bertubi-tubi kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang ingin tahu mengenai hal peribadi dirinya selepas dikaitkan dengan Ira Kazar.

Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya

“Saya rasa kurang senang, bila wartawan jumpa ayah saya dan bertanya soalan pasal hal peribadi saya bertubi-tubi kepadanya,” tambah Syamsul lagi.

Bagaimanapun selepas lebih sejam sesi luahan perasaan itu berjalan, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berjaya menyelesaikan salah faham ini dengan baik.

Dalam keadaan merendah diri Syamsul berkata, mungkin ada juga kesilapan pada pihaknya dan berharap perkara yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin juga berpunca daripada kurangnya interaksi dia dengan wartawan sejak kebelakangan ini yang biasanya menjadi medan kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing.

Niezam juga seolah-olah tidak percaya dan agak terkejut dengan kemunculan Syamsul bagaimanapun mengambil pendekatan memohon maaf kepadanya mengenai kandungan artikel yang disiarkan telah melukakan hatinya.

Untuk rekod insiden tidak puas hati antara wartawan dan artis bukanlah perkara baharu dan ia sering kali terjadi namun langkah bijak ialah dengan meyelesaikan ia secara baik kerana kedua-dua pihak saling perlu memerlukan. Ia ibarat aur dengan tebing, yang tidak putus jika dicincang.

Tonton Video:

 

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *