Penyanyi dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menggunakan platform Instagram Stories miliknya dan membuat beberapa dakwaan mengenai Ebit.
Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan oleh warganet selepas dia memberitahu dirinya bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.
Dalam pada itu, netizen turut mendakwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya di ruangan kapsyen dan komen.
Namun, APA sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.
Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya.
Ini bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka di Gaza.
“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.
“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan.
Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab”
Difahamkan penduduk Gaza terkilan dengan sikap segelintir orang Malaysia dengan imej ‘alim’ yang memperalatkan kemiskinan mereka untuk meraih simpati.
Caprice juga memberitahu, penduduk Gaza mengadu sumbangan tidak sampai kepada mereka padahal tabung banyak dibuka.
“Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.
Korang research lah sendiri banyak kes viral di Malaysia tentang ada sumbangan yang tidak sampai dekat Gaza.”- tulisnya.
Menurut Caprice, penduduk Gaza sudah lama memendamkan perasaan ini namun tidak tahu untuk meluahkannya.
“Orang Gaza sudah lama tahu benda ini tapi tiada siapa bongkar rahsia ini atas ada platform besar untuk beri 1 Malaysia sedar”.-kata Caprice.
Dalam pada itu, Caprice juga menegur Ustaz Ebit Lew mengenai isu gambar memberikan hadiah berupa alat permainan kepada kanak-kanak miskin di Gaza.
Caprice berkata, penduduk Gaza kecoh apabila pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza umpama sesi fotografi atau photoshoot. Malah penduduk Gaza sedih kerana maruah anak-anak miskin tidak dijaga.
Tambahnya lagi, dia telah pun menegur Ustaz Ebit Lew secara peribadi melalui mesej di Whatsapp.
Kemudian Caprice memberitahu, akaun Instagramnya telah diblock atau disekat oleh Ustaz Ebit Lew.
“Kita tegur idola kita secara peribadi dulu minta tolong. Sebab yang kena hadam, apa yang sedang berlaku di Gaza adalah Caprice. Dia sudah balik”
“Akhirnya, Caprice kena Block. Kita rasa sedih. Sakit Hati. Dan Malu. Ini ke idola Caprice selama ini. Bukan ke Islam ajar kita untuk minta maaf dan maafkan orang?”
“Padahal benda kecil je. Tapi tak sangka sampai jadi macam ini. Selama ini kita sokong dan backup Ustaz di sosial media.
Caprice tegur secara peribadi dulu pasal apa orang Gaza kongsi dekat Caprice. Last-last kena block.”- tulisnya.
Katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Warganet membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.
Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.
“Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.”
– CAPRICE
Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.
“Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
Caprice bersama Ebit di Gaza.
“Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni,” katanya.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.
Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
Terdahulu, Caprice dan Ebit berangkat ke Gaza menjalankan misi kemanusiaan.