Luna Maya

Budak 13 Tahun ‘Lauk’ DipukuI Orang Ramai Slps Disyaki Berkelakuan Sumbang Akhirnya Menerima Padah

Kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki telah ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video berdurasi 2:39 saat itu, kelihatan seorang remaja lelaki yang memakai baju t-shirt serta berseluar jeans membawa kereta perodua kancil kelihatan ketakutan sebaik sahaja ditahan  oleh sekumpulan lelaki berhampiran tepi jalan yang sunyi.

Dalam video yang telah dimuat naik di sebuah kumpulan di Telegram itu, memaparkan remaja tersebut cuba menghubungi seseorang sambil sekumpulan lelaki sedang memeriksa kenderaan yang dibawanya.

“Umur baru tingkatan satu, pandai buat kerja macam ni,” ujar salah seorang lelaki kepada remaja itu.

Kejadian di sebuah taman perumahan di Gurun, di sini kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin, mengakibatkan pipi kanan mangsa yang juga murid lelaki sebuah sekolah lebam akibat ditampar dan dipukul suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek berumur 13 tahun sebelum itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa rakannya itu ke rumahnya dan mengarahkan mangsa sekali lagi menghisap kemaluannya namun arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Kata Zaidy, berang permintaan tidak dipenuhi, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

“Bapa mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun selepas itu dan pada pukul 7.19 malam hari sama, suspek ditahan di rumahnya.

“Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Menurut Zaidy, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, tinjauan ke ruangan komen mendapati, ada segelintir netizen kurang senang dengan kekerasan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki itu terhadap remaja tersebut. Bahkan, ada netizen juga turut mengecam perbuatan remaja itu yang baru sahaja berusia 13 tahun.

Tonton Video :

Sumber Omm, utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *