Luna Maya

“Nak kawen sangat kan..” Jarak hanya 15 minit, tapi pengantin teriak tengok keluarga gerak balik

Sudah biasa ‘berkepit’ sepanjang masa, selepas selamat bernikah pasti merasakan tiada kekuatan untuk berpisah daripada ahli keluarga terutama bagi pengantin perempuan.

RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Video ‘drama’ air mata itu dimuat naik sendiri oleh Nur Sukma di aplikasi TikTok memaparkan dia menangis teriak seolah-olah tidak membenarkan ibunya pulang ke rumah.

Lebih melucukan apabila pengantin berusia 19 tahun itu berkata, jarak antara rumah mentua dan ibu bapanya hanya mengambil masa 15 minit, bukan perlu ‘meredah’ negeri lain.

Rakaman berdurasi 37 saat itu kelihatan Nur Sukma yang mengenakan persalinan berona ‘baby blue’ hanya mampu sebak saat ahli keluarga lain bergelak ketawa melihat gelagatnya.

Malah, ibunya juga sempat berseloroh mengatakan solekan pada wajah pengantin akan pudar sekiranya terus ‘memberontak’ dengan cara demikian.

Meninjau di ruangan komen, video meraih lebih 460,000 tontonan itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata turut terhibur dengan tindakan emosi Nur Sukma.

“Kalau Takut berombak di tepi pantai.
Jangan cuba buat Rumah ditepi laut kalau takut nak ditinggalkan Keluaraga Sendiri lps kawin takper.jadilah macam kita nie membujang sampai ketua” – Azam

“Umur dah berapa ni? Tengok muka dah 20an, takyah laa nak teriak bagai.. buat malu dekat mertua je. Kang tak pasal² jadi bahan umpatan ipar duai. Orang dewasa dan ada rasa malu selalunya tak buat perangai. Dorg akan diam² gelabah je sebab nak buka mulut tu pun rasa malu bagai nak kiamat dunia. Video lain dia buat tak nampak takut pun..” – Ariel

“dekat sangat tu dik.takpayah teriak bagai…klu nak teriak, cari hak duk ‘seberang’ tu…ha tu baru betol betol kena teriak..” – Wan Jah

Nur Sukma yang juga stokis produk kosmetik mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hakimie Ahmad pada 5 September lalu.

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber: TikTok @_nrsukmaaaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *