Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai kerana dia amat dikenali di Malaysia.
Perkahwinan yang baru sahaja berusia 2 tahun nampaknya tidak bertahan lama selepas penyanyi berkenaan memaklumkan yang dirinya sudah berpisah dengan isteri, Sarah Sheilka di Insta Story.
Dia juga seperti memberi bayangan bahawa masalah kewangan menjadi salah satu punca penceraian tersebut di samping menjelaskan setiap gambar romantik di Instagram tidak sama seperti hakikat perkahwinan mereka.
Menjengah ke Instagram bekas isteri kepada Tegar yang juga merupakan instafamous di Indonesia, wanita muda itu turut berkongsi kenyataan di Insta Story miliknya siang tadi.
Dalam perkongsian tersebut, Sarah Sheilka seakan mendedahkan yang bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang terdekat melihat daripada direct message (DM) di Instagramnya sebelum ini.
Dia juga sekaan menggunakan nama ‘anak dan isteri’ setiap kali meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mengalami masalah kewangan serta mempunyai tabungan yang cukup untuk makan setiap hari.
Tambahnya, jika Tegar menggunakan alasan untuk membayar rumah yang telah dibeli untuk isteri dan anak, dia meminta agar perkara tersebut dipertanyakan semula kerana mereka sudah membatali hasrat tersebut disebabkan penceraian yang berlaku.
Pendedahan yang dibuat Sarah itu dilakukan sejurus selepas Tegar memaklumkan bahawa mereka sudah bercerai.
Dalam kenyataan yang dibuat bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia menyatakan berasa penat sekali dalam mengharungi pelbagai masalah yang melanda perkahwinan mereka.
Untuk makluman, Sarah dan Tegar telah bernikah sekitar Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Sarah Sheilka