Luna Maya

Siti Sarah kembali kritikal… Shuib memohon doa orang ramai – “Keadaannya sangat-sangat tidak baik”

SEHINGGA kira-kira pukul 8 malam Ahad, tahap oksigen dalam badan Siti Sarah kembali merosot hingga ke paras 40.

Suaminya, Shuib Sepahtu berkongsi keadaan terkini Siti Sarah itu selepas dimaklumkan doktor menerusi panggilan telefon.

“Sebelum masuk sesi zoom ni, tadi doktor call beritahu condition Sarah sangat tidak baik sekarang ni. Sangat-sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40, doktor cuba terbalikkan dia,” katanya ringkas.

Shuib berkongsi perkara berkenaan sebelum memulakan sesi bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan Siti Sarah untuk hari ketiga berturut-turut.

Dalam pada itu Shuib meminta agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang masih dalam pemantauan doktor.

Siti Sarah kini berada dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Shuib Perjelas Isu Tular Voicenote Babitkan Isteri, Mohon Henti Kongsi

Shuib meminta ramai ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Ia mengenai keadaan isterinya yang didakwa sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Di dalam satu posting di Instagram, Shuib menjelaskan rakaman audio yang tular bukan keadaan terkini Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin.

Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik” Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik” Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik” Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik” Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik” Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik”

“Berkenaan voice note yang viral mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari jumaat, 6 Ogos 2021.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu rakaman audio terbabit mendedahkan keadaan penyanyi Manis itu yang didakwa sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya.

Menurut Shuib, keadaan isterinya itu masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa.

Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik”

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.

“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.

Terdahulu, Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia

Itu kata-kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Nana berkata, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

“Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kndungannya.

InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (lCU) Hspital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kndungan.

”lsteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksig.en yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

Saya mohon di hari baik hari baik ini, doakan Sarah dan anak dalam kndungan.

Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” kata Shuib.

Status terakhir Siti Sarah sebelum ditidurkan

Sementara itu, menerusi semakan di Instagram, Siti Sarah dilihat sempat memuatnaik beberapa perkongsian beberapa jam sebelum ditidurkan.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Siti Sarah berkongsi petikan ayat suci Al-Quran surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan ayat Kursi.

Siti Sarah turut berkongsi bacaan syahdu Selawat yang mengusik perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Manakala di ruangan status, Sarah memuatnaik (repost) kata-kata suaminya, Shuib yang meminta orang ramai mendoakan beliau.

” Doakan Sarah dan baby, terima kasih semua.

” Assalammualaikum semua,,,sy mohon doakan isteri saya Siti Sarah Bt Raisuddin.. doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan.

” Allah maha segalanya..” repost oleh Sarah.

Siti Sarah kembali kritikal... Shuib mohon doa orang ramai - “Keadaannya sangat-sangat tidak baik”

Sumber IG Shuib/Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.