Luna Maya

Penganggur meIiwat, rogoI dan bunuh warga emas 85 tahun akhirnya menerima padah dihukum maati

SHAH ALAM – Perbuatan tidak perikemanusiaan seorang penganggur yang membunuh seorang nenek berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwat tiga tahun lalu akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikan terhadap tertuduh, K. Satiaraj,30, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ab. Karim dalam penghakimannya memberitahu, kenyataan tertuduh bersifatkan penafian semata-mata apabila menyatakan tiada niat untuk membunuh.

“(Kesalahan) rogol dan liwat, tertuduh telah akui salah. Tertuduh juga telah menyelongkar almari si mati dan mengambil rantai emas.

“Tertuduh juga telah meminta seseorang gadaikan rantai emas itu. Justeru, sebelum, semasa dan selepas (kejadian) tertuduh berada dalam keadaan normal,” ujarnya.

Justeru, Ab. Karim menegaskan tiada hukuman lain dalam kesalahan ini kecuali hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Satiaraj telah membunuh seorang wanita berusia 85 tahun di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang dekat sini antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari pada 19 September 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Salidin Mohd. Yasin.

Sepanjang prosiding kes bermula 2 Disember tahun lalu seramai 19 saksi pendakwaan telah dikemukakan dengan pembelaan dilakukan menerusi keterangan tertuduh di kandang saksi.

“Fuhh btol btol kejam la macha…macm mna nnti klau tok macha org rogoI mcm macha buat…apa macha rasa….” – Cikman

“kecundang manusia dgn gejolak nafsu… ini dah bahagian dia di dunia… dah hati2 mengkritik… takut esok lusa, kita yg buat perangai…” – Ari

“Anak ayam mama ayam.. Mak nyah kat lorong2… Kau xnk… Nak juga jadi pembunuh… Padan muka laa kau… Kesian kpd mangsa n kluarga.” – Cleo

“nenek 85.. tak beragak betul nafsu pelik kau ni..” – Rubiah

Tonton Video : SILA KLIK DI SINI

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *