Luna Maya

Seumur hidup saya kena hadap nama anak saya yg memang SEBlJl sama dgn nama bkas KEKASlH suami

Suami akan like setiap gambar yang ada perempuan tu, setiap gambar! Satu – satu dia akan like, kadang – kadang dia bagi emoticon love di gambar tersebut. Sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. Saya perlu buat apa min, saya rasa nak koyak surat beranak anak – anak saya.

#Foto diatas sekadar hiasan. Hi Min, minta hide FB saya min. saya nak luahkan hal ni. Dah lama saya simpan hal ni. Saya dah berkahwin selama 6 tahun, kami kahwin atas dasar suka sama suka sejak dibangku sekolah. Awal perkahwinan, kami PJJ dari 2015-2018. Ketika semuanya sangat indah.

2018 sehingga sekarang kami dah tinggal sebumbung. Alhamdulillah. anak pertama kami sekarang berusia 5 tahun, anak kedua pula berusia 2 tahun. Selepas tinggal bersama baru saya tahu suami saya pernah ada hubungan kekasih dengan seorang perempuan sebelum kami bernikah 2015.

Perempuan tersebut tinggal satu tempat dengan suami saya. Jadi hampir setiap hari mereka berjumpa, sehinggalah kami bernikah, mereka masih berhubungan sebab kami PJJ. perempuan tu tahu suami saya sudah bernikah masa tu.

Sejak 2018 baru mereka slowkan hubungan mereka sebab kami dah tinggal sebumbung dan perempuan tersebut sudah ada kekasih dan akan berkahwin. Tetapi saya perasan suami masih comment di fb mak dan adik beradik perempuan tersebut contohnya untuk wish happy birthday atau wish raya atau sekadar memuji – muji mak perempuan tu seolah – olah untuk mengambil hati.

Untuk pengetahuan, hubungan mereka sebelum suami berkahwin sebelum ni memang direstui keluarga dan ibu bapa perempuan tersebut.Mereka betul – betul berkenan dengan suami. Sampai macam tu rapat hubungan mereka min.

Sekarang suami dan perempuan tu sudah tidak friend di fb tapi masih menyimpan no hp masing – masing sebab kadang – kadang whatsapp story perempuan tu akan naik di whatsapp suami saya. Suami pula sehingga kini masih wish bagi ucapan dan comment memuji – muji mak atau ayah perempuan tersebut.

Saya baru tahu semua ni lepas kelahiran anak ke-2 dan apa yang paling buat saya s4kit min nama anak kami suami letak nama perempuan tu bukan nama biasa min. Anak kami sepasang lelaki dan perempuan. Suami nak letak nama anak hujung dia sama.

Ini nama contoh saya bagi. Danish dan Danisha. Nama perempuan tu bukan nama biasa min kalau nak kata kebetulan. Ini memang betul – betul dia letak sebab nama perempuan tu lain sikit. Jadi anak – anak kami yang perempuan hujung dia Danisha memang nama perempuan tu hujung dia ada Danisha.

Anak kami yang lelaki hujung dia nama Danish. Saya sedih kemurungan min, saya betul – betul ingat suami suka nama tu atau ikhlas dengan nama tu. Tapi rupa – rupanya nama tu nama gf dia min. Allahu. Saya sedih sangat min.

Kadang – kadang saya nampak dia comment di fb adik perempuan tu, ‘kirim salam pada mama, cakap kat mama get well soon’. Saya baca h4ncur hati saya min. Mama? Panggil mak perempuan tu mama? Kalau dulu – dulu takpe la min, ni sampai sekarang min.

Saya tau perempuan tu yang mana dan sudah berkahwin. Saya kadang – kadang selalu terjumpa perempuan tu sebab kawasan kami ni bukan bandar besar. Rupa – rupanya sebelum ini, suami selalu makan di kedai mama perempuan tu.

Dari situ mereka jatuh cinta. Suami bekerja ada pangkat sikit, mak dan ayah perempuan tu sangat – sangat berkenan dengan dia. Sehingga kami dah menikah, mereka masih berjumpa, masih bermesej masih call. H4ncur hati saya min.

Saya dah tawar hati m4kin hati dengan suami tapi suami tak tau akan hal ni. Saya tak tau nak cakap macam mana. Memang  confirm akan g4duh dan suami akan sambil lewa menafikan hal ni. Saya tertekan sangat. Saya marah – marah dia.

Saya dah kurang rasa hormat pada suami sebab dia masih ingat perempuan tu. Paling teruk saya kene hadap nama anak saya ni. Sepanjang hayat saya akan sebut nama perempuan tu. Saya perlu buat apa min, saya rasa nak k0yak surat beranak anak – anak saya.

Sekarang saya agak dia ada hubungan dengan perempuan lain sebab dia selalu outstation. Biasanya dia akan ada gambar untuk setiap job dia. Ini dah sejak setahun ni tak ade gambar apa – apa alasan dia PKP. Tapi takkan gambar sendiri dengan kawan – kawan dia takde ambik.

Naluri saya kuat min tapi saya belum ada kekuatan nak bukak hp atau tengok whatsapp suami. Saya tau kalau dia ade hubungan, dia akan menafikan dan membuatkan semua kesalahan jatuh kat saya sebab saya kenal suami saya.

Bantu saya min, saya perlu buat apa. Allahuakbar s4kit d4da. Tambahan, bila saya cek rupanya suami sangat aktif komen dan like fb dan ig perempuan tu sejak 2014. Suami suka bergurau bila ada gambar perempuan tu.

Kalau ada family mereka post gambar ramai – ramai, suami akan like setiap gambar yang ada perempuan tu, setiap gambar! Satu – satu dia akan like walaupun nampak sikit. Kadang – kadang dia bagi emoticon love di gambar tersebut dan rajin sangat komen dia fb family perempuan tu.

Tetapi post saya pasal anak – anak, post saya yg saya tag dia jalan – jalan, jarang sekali dia like mahupun komen. Kadang – kadang dia perasan tapi tak respond apa – apa. Mula – mula saya fikir, suami bukan yang aktif di fb, lama – lama bila dah tinggal sebumbung baru tau min, suami memang akan bukak fb. Selalu!

Dia sekarang tengah suka tengok tiktok semua perempuan gelek – gelek dan kebanyakannya perempuan tu memang taste dia min. Muka bulat berisi putih, badan berisi chubby tu memang taste dia min. Saya pernah terperasan dia masih simpan gambar perempuan tu di dalam memory card hp dia.

Kadang – kadang dia masih belek gambar tu. Untuk pengetahuan, gaji saya lagi tinggi dari gaji suami tapi saya tak kesah untuk berkongsi tanggungan. Perempuan tu kerja di warung kedai makan biasa. Suami ada kereta biasa, saya sebelum kahwin dah beli vios.

Sekarang rumah dan loan tanah pakai nama saya. Saya tak kesah saya fikir tu aset saya. Kadang – kadang saya terfikir kenapa suami tak putvskan je hubungan dengan saya sebelum berkahwin dan berkahwin je dengan perempuan tu.

Kenapa teruskan juga dengan saya? Adakah kerana pekerjaan saya yang elok, dan dia boleh menumpang senang dari saya? Saya bukan merendah kan perempuan tu tapi saya terfikir sendiri. Kenapa masih terima saya walaupun dari dulu sampai sekarang dia masih tak boleh move on dengan perempuan tu, masih cintakan perempuan tu.

Komen Warganet :

Si Kopok : Kesian sis , saya paham perasan perasaan sis yang s4kit hati setiap kali nama anak disebut. Tapi kasihanlah dekat anak, itu bukan salah mereka. Sis boleh tukar nama anak sebelum dia berumur 12 tahun kalau saya tak silap.

Banyak – banyakkn berdoa, hati kita, hati suami kita bahkan hati semua orang adalah milik Allah swt. Kita mintalah dari Allah untuk pulangkan kembali hati suami pada kita. S4kit hati tu ye, itu memang pasti tapi itulah kehidupan.

Kehidupan kita di dunia ni adalah untuk diuji, segala ujian dan dugaan akan Allah beri tanda kasihnya Allah pada kita.. supaya kita selalu kembali pada NYA , memohon dan meminta. ” Hasbunallah Wanikmal Wakil” Cukuplah Allah mnjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik – baik peIindung.. in sha Allah..

Fitriah Fit : Kawan saya berkahwin dan namakan anak dia sempena nama bekas kekasih dia. 10 tahun berlalu sampai sekarang si bini belum tahu bahawa nama anak dia sebenarnya adalah nama bekas kekasih suami dia. Saya tak dapat bayangkan, kalaulah bini tu tau mesti r3muk hati dia.

Melati Putih Melati : Hubungan rumahtangga yang tak sihat. Akan s4kit hati sepanjang hari, awak ikut laki masuk semua komen. Berat awak nak tanggung setiap masa gelabah gerak geri laki. Paling cepat, duduk semeja, bincang, sampaikan apa tak puas hati, bagitau semua luahkan semua.

Tanya dia pasal outstation ke skandaI ke hati perasaan dia. Apa yang dia jawap, terima. Jika kant0i selepas jawapan, buatlah keputvsan terbaik supaya masa dan hari awak tidak lagi terbuang nak jejak laki buat apa.

Mulakan hidup dengan fokus diri sendiri dan anak – anak. Buat simpanan jangan lupa sebagai persediaan diri. Tentang nama anak, jika boleh tukar di JPN, tukar je. Ingat, anak – anak bukan m4ngsa. Goodluck

Sunita Jamaludin : Baca pun dah menyirap d4rah. Buat apa suami begitu, buat bagi s4kit hati dan membuat puan m4kin p4rah jiwa dan raga. Puan berkerja, ada harta, ada segalanya. Apa nak ditunggu dengan jantan gatal begitu.

Kalau saya berada kat tempat puan, dah lama saya ucapkan selamat tinggal dengan lelaki macam tu. Memang dia tak ikhlas dengan puan. Dia kahwin dengan puan semata – mata sebab puan ada kerjaya, ada harta.

Sebab tu dia teruskan dengan perkahwinan itu. Sedangkan cinta dan hati dia milik pompuan kedai makan tu. Please fikirlah habis – habis, berbaloi ke nak hidup dengan jantan gini puluhan tahun lagi. Nama anak buat surat angkat sump4h, tukar je nama anak – anak.

Kalau saya pun tak akan izinkan nama perempuan tu jadi bayangan ng3ri dalam hidup saya. Bertindaklah sebagai wanita yang m4tang, puan juga berhak untuk bahagia, tapi bukan dengan jantan yang seperti itu.

Hajar Ibrahim: Awak pergi tukar nama anak, dari kemurungan berpanjangan. Kes sis ni sebab sis pend4m. Cuba jadi harimau jadian sekali sekala. Kalau dia nak salahkan sis, takpe mengaku ja memang salah sis kan..

Salah pilih suami, salah sis percaya sangat dekat suami. “Kalau dah macam tu, tinggalkan ja lah aku.” Cuba cakap macam tu kat dia. Apa dia nak buat. Ini lagi dia seronok la sebab sis diam ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *