Luna Maya

Bulan² Laki Bagi Aku 5Ribu je, So Dgn Duit tu lah Aku bg Kat Mak Aku dlm 2 ke 3k Sbln

Salam min, tolong hide fb aku. Ceritanya, aku kahwin duda anak dua dalam 5 tahun lepas.

Aku sendiri pun janda anak dua, tapi dorang cerai bukan sebab aku, katanya laki aku lah.

Aku dengan ex dia pun macamtu lah, tak pernah pulak kitorang bercakar, bercakap pun jarang skali.

Laki aku ni sangat ambil berat pasal kebajikan anak2 dia, jangankan nafkah, rumah pun dia bagi kat ex dia.

Ex dia tak pernah keje selama diaorang kahwin, sekarang aku dengar dah kahwin baru dah.

Hubungan aku ngan anak2 dia baik, dorang hormat aku sebagai isteri baru ayah dorang.

Anyway, so sebab laki aku ni kerja dia asik travel sini satu negara tu negara ni asik pindah randah, so aku tinggalkan anak2 aku ngan mak aku.

Sebab susah nak uruskan pindah sekolah apa semua since laki aku keje dia tak tetap satu tempat, even still ngan company sama.

Ex laki aku lesap tanpa khabar berita, satu sen pun tak pernah hulur. Aku dgn laki yg sekarang ni takde anak.

Laki aku yang ni ok. Aku susah nak keje sebab masalah bahasa kat negara orang kan, pelajaran pun takat spm je, so dialah yg support anak2 aku.

Aku tak pernah ambik tahu brapa gaji dia sebulan.

Yang aku tau dia pengarah kat satu company oversea ni, so aku agak byk jugaklah.

Yg aku tau company siap bagi elaun rumah condo tiap kali kitorang kena pindah, kereta, travel elaun, international school anak2 dia pun company yg tanggung.

Bulan2 pulak laki aku bagi kat aku dlm 5k je mcam tu, so dgn duit tu lah aku bg kat mak aku dalam 2 ke 3k sebulan.

Travel, bercuti ngan anak2 ke, then baki aku pakai utk kegunaan aku sendiri.

Hal rumah bil2 semua brg2 dapur kereta semua dia sediakan utk aku cukup lengkap.

Masalahnya bila anak2 aku masuk tingkatan satu tahun ni.

Aku cadang nak masuk kn diaorang kat international school juga, since aku jauh, susah nak pantau dorang, lagipun dorang nak sangat duduk asrama.

Aku tau private school ni mahal, tapi aku dah congak2 duit poket aku yg laki aku bg tu, then aku cuma nak dia tambah duit bulanan aku sikit je lg utk cukupkan.

Semalam bila aku suara kan niat aku, dia diam. Tak cakap apa2. Hari ni aku tnya lg, boleh ke tambahkan duit bulanan aku dlm 3k camtu, dia cakap nanti lah dia pikirkan.

Dia ckp dia plan nak bersara tahun depan, saving dia dah cukup, saving utk education anak2 pun dia dah plan smpai dorang abis university.

Katanya dah penat keje travel sana sini.

Dia ckp kalau aku nak masukkan anak aku private school, maknanya dia kena keje lg lah setahun dua, takut tak cukup saving katanya.

Aku terasa gila bila dia cakap mcm tu, padahal dia punya lah spend kat anak2 dia barang mahal2.

Dia sendiri pun tiap2 tahun beli motor besar smpai garaj kitorang dah tak muat smpai nak kena jual motor yg umur tak smpai dua tahun pun dok ikutkan minat gila dia tu.

Of course dia slalu jgk belikan aku hadiah walaupun aku tak mitak, tp setiap kali aku nak belikn apa2 untuk anak2 aku sndiri aku tak pernah mintak dia.

Sebab aku sedar diri, dia tu sekadar bapak tiri je pun, bkn tanggungjawab dia nak kena sediakan semua tu, dia dah sanggup nak bela pun dah cukup baik.

Korang rasa kalau korang kat tempat aku, apa korang buat? Aku malu nak paksa2 dia, tp aku jugak teringin nak bagi yang terbaik untuk anak2 aku.

Aku sungguh2 mintak pendapat korang dalam hal ni.

Janganlah kecam aku please. Terima kasih semua.

Part II : Laki Aku Sayang GF dia dan aku ni tempat dia buat anak sahaja, Tgh Main pun dia Bayang GF dia

Min minta hide fb ni. Aku pinjam fb kwn baik aku. Kisah aku lebih kurang sama dengan sorang tt kat dlm krt ni tapi kisah aku panjang dan aku perlu nasihat2 dari korang.

Jangn cakap yang pjj je blh curang, laki aku yang duk serumah pun blh curang dalam senyap bertahun2.

Bukan setahun tapi 10 tahun dia curang dengan aku dengan ppuan yang sama!

Aku serabut dengan laki aku yang curang sampai tahap main dengan skandal bertahun2 sejak aku ngandung anak sulong kami tahun 2009 lagi.

Aku ada 3 anak sulong darjah 6, kedua darjah 3 bongsu baru 8 bulan min. Aku dah hilang percaya pada laki aku min.

Tiap kali aku tengok muka laki aku, aku terbayang2 laki aku dengan ppuan tu.

Yang tambah aku kecewa laki aku simpan skandal dia bertahun2 sebelum laki aku kantoi tahun 2019.

Lebih aku sedih kecewa marah dengan laki aku kali ni bila skandal laki aku ni dah ngandungkan anak laki aku min. Laki aku kantoi bila aku dapat bukti2 yang laki aku curang dengan aku.

Curang yang sampai tahap melampau2. Luluh hati aku bila baca semua msg laki aku dengan ppuan tu.

Aku baca dengan linangan air mata bila aku sedar betapa sayangnya laki aku ni kat peremuan ni bertahun2 dorang berhubung nyulam sayang tanpa aku tahu min.

Bertahun2 aku mohon kat allah supaya allah tunjuk kebenaran laki aku ada ppuan lain. Laki aku ckp tak ada ppuan lain tapi rupa2nya.

Sebab sejak dr 1st kantoi 2009 tu aku dapat rasakan laki aku memang ada orang lain

Walaupun dorang dah tak berhubung masa tu, tapi aku silap rupa2nya dorang masih berhubung cuma aku tak ada bukti.

Akhirnya allah tunjuk bukti tu dtg sekali dengan ppuan tu ngandungkn anak laki aku.

Bukan aku tak minta untuk berpisah tapi laki aku janji nak berubah tapi entah lah berubah dia lama atau sekejap aku pun tak tahu sekarang..

Ni bukan kali pertama laki aku curang min. Sejak 2009 lagi aki aku ni curang. Janji tak nak buat dan masa tu aku ngandung anak sulong tapi dia sedap bercinta dengan gf dia.

Aku pantang kat kampung dia sedap bercinta dengan gf dia kat kl min. Lps tu kantoi lg kali kedua thn 2014. Ckp kt aku dia outstation rupa2 tidur rumah ppuan tu.

Aku dapat tahu bila aku tanya sendiri kat perempuan ni betul ke dulu laki aku pergi rumah dia masa tahun 2014 tu.

Dan perempuan tu cakap laki aku yang suruh bohong kat aku dan laki aku suruh cakap tak pergi rumah perempuan tu.

Dan tak ada apa2 dengan ppuan ni supaya dia blh slmtkn rumahtangga dia. Hancur hati aku.

Laki aku ni memang mulut manis dan pandai pujuk. Sebab tu aku tahu perempuan ni tak tipu aku dari apa dia cerita.

Yang lagi membuatkan aku sedih dan kecewa bila aku baca msg2 laki aku dia cakap masa main dengan aku dia bayangkan gf dia dan ku ni tempat dia buat anak je dugaan apa aku dapat kali ni.

Selama ni aku tertipu dengan janji manis laki aku, kaburkan mata aku dengan bawa aku dan anak2 bercuti sana sini tapi dlm hati laki aku rupanya ada ppuan istimewa yang dah isi hati laki aku dlm diam.

Sedihnya aku ingat aku la permaisuri di hati dia tapi bukan.

Aku yang bdoh percaya bulat2 laki aku tiap kali dia minta maaf tak nak buat lagi tapi betul org cakap, laki tak kan mudah lupa kekasih yang pernah ada dlm hati dia.

Thn 2019 laki aku kantoi lg dengan gf dia ni. Aku ingat dorang dah lost contact tapi rupa2nya tidak min.

Dlm diam laki aku masih contact skandal dia ni tapi kali ni dorang smpi ada anak.

Kecewanya aku bila aku dapat tahu laki aku bawa gf dia ni outstation sekali, check in hotel berkali2 bila dorang kat kl, laki aku tipu aku malam2 cakap nak jumpa member tapi dia pergi jumpa gf dia ni.

Aku baca semua msg laki aku pd perempuan ni memang aku nampak laki aku sayang sgt kat ppuan ni min.

Bukan aku tak minta cerai tapi laki aku ckp nak berubah demi keluarga ni tapi hati aku dah hancur kecewa dengan perangai laki aku ni.

Kesetiaan dah lenyap dalam diri laki aku tapi cakap nak insaf aku bertahan sebab anak2. Aku tahu skandal laki aku cantik daripada aku.

Aku pernah msg ppuan tu aku tanya brtul ke dia tak kan bersama laki aku lg dia ckp takkan. Tapi aku tak percaya dorang tak berhubung lagi lps ni. Sebab ppuan tu ada anak dengan laki aku.

Bertahun2 dorang bercinta takkan semudah tu laki aku dengan ppuan ni nak putus. Tambah ppuan tu ngandungkan anak laki aku min. Buntu aku.

Tolong la bagi nasihat kat aku. Aku nak pisah tapi aku fikir anak2 rapat dengan laki aku. Laki aku pula buat macam tak ada berlaku.

Bukan kami tak gaduh besar tapi laki aku bila gaduh dengan aku je dia keluar rumah.

Aku risau jika tahun2 mendatang ppuan tu hadir lg dlm hidup aku. Sebab dah berkali2 laki aku kantoi dengan ppuan yang sama sejak kami kahwin min..

Leave a Reply

Your email address will not be published.