Luna Maya

Setelah video tersebar, kini gambar pakcik berseluar b4sah pula tarik p3rhatian warganet

Setelah tularnya video yang mendakwa seorang remaja OKU dilarikan di Rawang semalam, banyak spekulasi timbul membabitkan si ibu dan pemandu yang diancamnya. Difahamkan, dia berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya sebelum menaiki sebuah kereta yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Polis sahkan tiada sebarang elemen jenayah & laporan sudah ditarik

Gara-gara ternampaknya seperti minta pertolongan, pemandu lelaki berusia 80 tahun itu tumpangkan remaja terbabit. Dia lalu ditahan oleh orang awam di sekitar Saujana Rawang sekali gus dituduh melarikannya.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis mengesahkan tiada sebarang elemen jenayah berlaku dan wanita terbabit turut menarik semula laporan berhubung kehilangan anaknya.

Macam mana boleh terlepas pandang anak istimewa?

Meskipun insiden itu sudah selesai, namun ramai pihak bersimpati terhadap warga emas berkenaan apabila ditendang.

Takda tanya apa-apa terus terajang….Kesian tengok muka dia, seluar pakcik tu basah

Di samping itu, rata-rata netizen turut perasan keadaan seluar lelaki tua tersebut dan berpendapat ia mungkin berlaku disebabkan terlalu takut dengan kejadian semalam. Gara-gara kesal dengan sikap melulunya itu, mereka turut berharap agar wanita berkenaan disaman

Terdahulu, video ini menjadi tular di laman sesawang.

Tiada elemen cvlik, warga emas hanya tumpangkan mangsa

GOMBAK – Tindakan seorang warga emas berusia 80 tahun membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya telah disalah ertikan apabila dia didakwa cuba mencvlik gadis tersebut, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu kepada remaja tersebut bersama orang awam cuba menghalang kereta yang dipandu warga emas itu termasuk menyerangnya kerana didakwa cuba mencvlik dan melarikan remaja tersebut.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, pengadu (ibu mangsa) yang berumur 54 tahun bersama anaknya (mangsa) yang berusia 16 tahun telah pergi ke sebuah warung di hadapan sebuah bank di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan sekitar pukul 9 pagi.

“Sebaik selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga yang berada di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya itu telah mengikut seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna kelabu.

“Hasil siasatan awal mendapati seorang kenalan pengadu telah memuat naik video kejadian yang berlaku ke beberapa kumpulan aplikasi WhatsApp sehingga kenderaan yang membawa anaknya berjaya ditemui orang awam di Saujana Rawang sekitar pukul 12.30 tengah hari, pada hari yang sama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan juga mendapati ketika mangsa bersama pengadu di gerai tempat untuk membeli sarapan, mangsa telah berjalan seorang diri tanpa pengetahuan pengadu dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas itu.

“Warga emas yang menaiki kenderaan tanpa penumpang lain itu berhenti dan membenarkan mangsa menaiki kenderaannya dengan beranggapan remaja tersebut meminta pertolongan.

“Bagaimanapun, warga emas berkenaan tidak pasti arah tuju hendak membawa mangsa kerana mangsa tidak berkata apa-apa sehinggalah ditahan oleh beberapa buah kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menuduhnya cuba membawa lari mangsa,” ujarnya.

Menurut beliau, daripada siasatan yang dijalankan, pihak polis mengesahkan tiada elemen cvlik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan.

“Dalam kes ini, pengadu telah membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang,” katanya. – K! ONLINE

Netizen turut persoalkan tindakan mereka

Bukti Dah Ada.Pak cik Tu Atau Anak Pak Cik Tu Bolih Buat Repot Polis Dan Failkan Kes Kemahkamah Untuk Saman Pada Wanita Dan Lelaki Yang Memukulnya

Wow!! Tindakan diluar otak.. Keluarga pakcik yg kena tuduh tu tolong buat report polis..

Dia yang cuai, tuduh orang tu culik anak Dia.. Patut saman aje perempuan tu.

Rakaman video yang tular

Apa pendapat anda berkenaan kejadian ini?

Pihak Bulletin Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman social ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.