Luna Maya

“Baru je habis makan malam..” Pelajar sekolah meninggal dunia motosikal rempuh kereta Wira. Salam takziah buat keluarga

KOTA BHARU – Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam bersama rakannya.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, mangsa, Ammar Azhar, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala dan dada.

“Insiden itu menyebabkan mangsa dan rakannya tidak sempat mengelak ekoran jarak yang terlalu dekat sebelum merempuh bahagian pintu hadapan sebelah kiri kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, kedua-dua remaja terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, rakan mangsa pula mengalami kecederaan parah apabila kedua-dua belah tangan dan pahanya patah sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal memastikan keadaan selamat sebelum memasuki laluan utama untuk bergerak ke arah Binjai,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *