Luna Maya

Dipukul Sehingga Mavt, 16 Ahli Keluarga Ditahan

Gambar sebagai hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki maut selepas dipukul ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang Baru Kelanang, Banting di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya menerima maklumat kematian mangsa berusia lingkungan 30-an itu dari Wad Kecemasan Hospital Banting kira-kira jam 10.15 malam ketika sedang menerima rawatan.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.30 petang ketika mangsa datang ke rumah keluarganya dalam keadaan mabuk.

“Mangsa telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarganya serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta menggunakan batu-bata.

“Berikutan itu, ahli keluarga yang berang dengan sikap mangsa bertindak memukulnya menggunakan kayu, kerusi dan batu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

apa pun alasannya kalau sehingga menyebabkan kematian maka jadilah kes bvnuh

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.

Susulan itu, Ahmad Ridhwan berkata, bertindak hasil maklumat, polis telah menahan seramai 16 orang ahli keluarga mangsa berusia 17 hingga 60-an kira-kira jam 1 pagi, Jumaat.

kalau sampai mak ayah pun ikut mmg ada masalah lah mamat tu

“Mereka yang ditahan termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara-mara terdekat terdiri lapan wanita dan lapan lelaki. Polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan untuk mencederakan mangsa di tempat kejadian,” ujarnya.

akibat mabuk kesian keluarga

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published.