Kemunculan-kemunculan YouTuber dengan pelbagai konten di media sosial sememangnya menjadi satu tontonan baru buat generasi muda.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Sebagai pembuat konten, seharusnya para YouTuber lebih peka dalam memuat naik sesuatu kandungan kerana boleh sahaja ditiru oleh golongan remaja ataupun kanak-kanak.
Tarik tudung wanita tak dikenali
“Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke? Benda ni dikira harassment kot. “Saya buat content je…” kepala but*h dia,” tulisnya.
Memang sengaja minta dikecam
Dalam video di saluran YouTube lelaki itu, jelas menunjukkan yang dia seakan telah memerhati ‘mangsa wanita’ yang ingin ditarik tudungnya sebelum berlari dan memohon maaf.
Dia juga memaklumkan sedang membuat ekperimen sosial bagi melihat reaksi seseorang apabila tudung ditarik oleh individu tidak dikenali.
YouTuber terbabit juga memaklumkan yang dia sedia dikecam dan sengaja membuat video untuk memberi ruang orang ramai memaki hamunnya di media sosial.
Teringin duduk lokap kot
Menjengah ke ruangan komen di Twitter, rata-rata netizen meninggalkan maklum balas yang negatif terhadap konten sampah seperti itu.
Mana tidaknya, tindakan YouTuber yang mengunakan alasan eksperimen sosial untuk membuat konten dilihat sebagai satu tontonan ‘murahan’ dan boleh disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah.
Perangai yang bukan2
Buat konten tak bertempat
Memang minta kena report polis agaknya
Kesalahan jenayah lah kiranya ni
Tonton Video:
Buat content ni memang lesen orang kita untuk jadi biadap ke?
Benda ni dikira harassment kot. Saya buat content je kepala butoh dia.
Sakit pulak hati puak puak bodoh macam ni makin membiak. pic.twitter.com/5hAv5Khas4
— Aidi ER (@aidi_ezzhar) July 4, 2022
Sumber: Twitter @aidil_ezzhar, YouTube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!