Luna Maya

Video: Polis trafik selamatkan 3 beranak yg sedang mencari rezeki memancing di bawah jambatan daripada dihanyutkan banjir

Kuala Lumpur: Dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berjaya selamatkan tiga beranak yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Klang berhampiran Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu di sini, semalam.

Rakaman video berdurasi 19 saat memaparkan detik anggota polis trafik berkenaan membantu mangsa daripada dihanyutkan arus di Sungai Klang itu turut tular di media sosial.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 3.20 petang.

“Orang awam meminta bantuan menyelamatkan seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam banjir kilat itu.

“Dua anggota JSPT Kuala Lumpur, Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah ke lokasi serta bertindak pantas memberi bantuan kepada ketiga-tiga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa dikatakan sedang memancing di Sungai Klang ketika hujan lebat dan tiba-tiba air naik tanpa mereka sedari.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit turut dibantu beberapa orang awam yang berada di lokasi berkenaan.

Antara detik-detik kejadian boleh lihat gambar di bawah dan juga video :

Tindakan anggota polis itu mendapat pujian warganet yang turut mengucapkan terima kasih dan syabas atas usaha murni itu.

TONTON VIDEO:

 

Sumber Harian Metro & Ahyie Hairi

Leave a Reply

Your email address will not be published.